vanila | 1. sj tumbuhan tropika, Vanilla planifolia, yg buahnya menghasilkan biji harum yg dijadikan pengharum makanan; 2. bahan perisa (pengharum) makanan yg diperoleh drpd biji tumbuhan ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vanila | nama sj pokok menjalar yg buahnya dijadikan sbg bahan penyedap makanan, Vanila planifolia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
vanila | nama sj pokok menjalar yg buahnya dijadikan sbg bahan penyedap makanan, Vanila planifolia. | Kamus Pelajar |
vanilin | ist sebatian (berhablur yg berwarna putih atau kekuningan) yg terdapat dlm buah vanila, digunakan sbg bahan perisa, penyedap bau, dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
vanilin | (Kim) sj sebatian berhablur yg berwarna putih atau kekuningan yg didapati dlm buah vanila dan resin (digunakan sbg bahan perisa dan penyedap bau). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
esen | /ésén/ pati yg diperoleh drpd sesuatu bahan dan digunakan utk menyedapkan rasa makanan dll: ~ pisang; ~ vanila. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
esen | (ésén) bahagian yg paling penting drpd sesuatu perkara (benda dll), sari: putar mentega dan masukkan ~ vanila. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
esen | /ésén/ pati yg diperoleh drpd sesuatu bahan dan digunakan utk menyedapkan rasa makanan dll: ~ pisang; ~ vanila. | Kamus Pelajar |
perisa | 1. sedap (bahan makanan), enak, lazat: sesedap mana pun masakan orang lain, masakan emak lebih ~; 2. rasa tersendiri yg memang merupakan ciri asli atau semula jadi sesuatu, spt buah-buahan dan tumbuhan: ~ oren; ~ anggur; ~ vanila; 3. = bahan ~ bahan yg dibubuh dlm makanan atau minuman utk menambah rasa enaknya: kebanyakan makanan yg diproses telah dicampur dgn pewarna, ~ dan pengawet; berperisa mengandungi perisa: minuman air sirap ~ limau; minuman ~ halia; keperisaan kesedapan, keenakan: nikmatilah ~ buah-buahan sejati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |