pembaik biak | sesuatu yg membaik biak: walau bagaimanapun, keadaan semula jadi telah lama memainkan peranannya sbg ~ tumbuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percampuran | 1. perihal bercampur atau bercampur aduk: walau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dgn ciri-ciri moden tetap berlaku dlm hidup masyarakat di mana-mana; 2. pergaulan: dia sudah mabuk kepayang akibat ~ yg terlalu bebas itu; 3. perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri: ia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dlm ~nya dgn isterinya itu; ~ tangan perihal turut campur tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
canggih II | 1. moden dan kompleks (alat), sofistikated: walau bagaimanapun ~ peralatan yg dipunyai oleh sesuatu badan, selagi yg mengerjakannya tidak menguasai bidang yg mahu diusahakan, maka selagi itulah timbul kesalahan; 2. hebat, menarik, moden (bangunan, pakaian, dll): Liyana kelihatan begitu ~; 3. tugas dgn berkesan, sesuai dgn perkembangan masa: wanita ~; mencanggihkan menjadikan seseorang atau sesuatu (teknologi, peralatan, pakaian, dll) canggih; kecanggihan perihal (sifat, keadaan, dsb) canggih: ~ senjata-senjata moden sangat dikagumi oleh banyak pihak; pencanggihan perbuatan mencanggihkan sesuatu: peluasan dan ~ jurnalisme berbahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembikar | 1. barang drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap (cawan, mangkuk, pinggan, dll), seramik; 2. serpihan (pinggan, periuk, dll), beling, tembereng; ditetak belah, dipalu belah, ~ juga akan jadi-nya prb walau bagaimanapun diseksa atau disakiti kesudahannya mati jadi mayat juga; hendaklah spt ~, pecah semua prb hendaklah hidup bermuafakat antara satu dgn lain; memberi makan anjing di ~, memberi makan gajah dgn alatnya prb tiap-tiap perbuatan yg dilakukan itu hendaklah bersesuaian dgn tempat dan keadaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pragmatik | I (mempunyai sifat atau pendirian yg) lebih mementingkan (mengutamakan) kesan-kesan sebenar sesuatu drpd ciri-ciri teori dsb, bersifat praktikal, banyak memperhitungkan keadaan dan akibat yg sebenarnya terdapat atau akan timbul: walau bagaimanapun, pelaksanaannya harus bersifat ~ supaya tidak menimbulkan kesusahan di kalangan rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memisahkan | 1. meleraikan (orang yg bergaduh dll), menceraikan: Uda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu; kawasan bukit yg kecil ini ~ lembah Sungai Sittang drpd lembah Sungai Irrawadi; 2. membezakan: walau bagaimanapun mereka itu tidak ~ akidah Islam yg pokok drpd kepercayaan mereka: 3. mengasingkan yg satu drpd yg lain: maksud kita ialah ~ barang itu dr kumpulannya yg semacam; adat istiadat amat keras ~ mereka; 4. = memisah-misahkan memecah-mecahkan (kumpulan, gerakan, dll) utk menjadikan berpisah-pisah, mencerai-ceraikan: hendak ~ masyarakat yg berbilang kaum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baik biak | ; membaik biak memperbanyak (tanaman, haiwan) serta memperbaiki mutunya; pembaikbiakan perihal (usaha dsb) membaik biak: teknik baru boleh dimajukan utk memperoleh hasil yg lebih tinggi bagi tiap-tiap satu hektar tanah melebihi proses ~ tumbuhan; pembaik biak sesuatu yg membaik biak: walau bagaimanapun, keadaan semula jadi telah lama memainkan peranannya sbg ~ tumbuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
betapa | 1 bagaimana; dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan? 2 sebagaimana; spt yg sepatutnya: Mereka telah dikahwinkan ~ adat orang-orang dahulukala. 3 alangkah; bukan main: ~ girangnya hatiku mendapat seorang anak, tidak dpt kuceritakan. 4 walau bagaimanapun; meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
betapa | 1. bagaimana; dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan? 2. sebagaimana; spt yg sepatutnya: Mereka telah dikahwinkan ~ adat orang-orang dahulu kala. 3. alangkah; bukan main: ~ girangnya hatiku mendapat seorang anak, tidak dpt kuceritakan. 4. walau bagaimanapun; meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. | Kamus Pelajar |
menelan | 1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah ditelannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyak-banyak (perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan: utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapangan sosial; 5. ki menerima sesuatu yg tidak menyenangkan (spt kekalahan dll): walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; 7. ki menguasai, menghapuskan, melenyapkan: sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama dipelihara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman | Kamus Dewan Edisi Keempat |