penyelakuan analog(analog simulation) | Penggunaan sistem analog, seperti sistem elektrik, untuk mewakili sistem fizikal yang sebenar. Sistem elektrik yang digunakan sebagai model ialah tamsilan kepada sistem fizikal tersebut kerana ciri pemboleh ubah yang digunakan untuk mewakili kedua-dua sistem adalah setara dari segi matematik. | Kamus Komputer |
alamat maya(virtual address) | Kod yang diwujudkan dalam sistem pemetaan ingatan maya untuk menjadi alamat bagi peranti atau kedudukan ingatan. Alamat ini boleh digunakan sebagai alamat sah tetapi tidak semestinya merujuk kedudukan ingatan yang sebenar. | Kamus Komputer |
ralat mutlak(absolute error) | Ralat sebenar yang diperoleh selepas mengambil magnitud data dengan membuang tanda data dan menentukan beza sisihan daripada data sebenar. | Kamus Komputer |
pengeluaran(production) | Kerja sebenar yang dilakukan oleh komputer untuk menghasilkan output. | Kamus Komputer |
ruang kata(word space) | Kawasan sebenar yang diduduki oleh sesuatu kata data dalam peranti ingatan. | Kamus Komputer |
penentuan masalah(problem determination) | Proses menentukan masalah sebenar yang perlu diselesaikan oleh komputer dengan menggunakan kaedah analitis. | Kamus Komputer |
pemprosesan interaktif(interactive processing) | Pemprosesan dalam masa sebenar yang membenarkan pengguna memasukkan data atau menukarkan aliran pelaksanaan ketika pemprosesan sedang berlangsung. Hal ini dilakukan melalui dialog antara pengguna dan sistem. | Kamus Komputer |
dawai bas(bus wire) | Dawai atau kawat sebenar yang digunakan untuk membentuk talian bas sistem mikropemproses atau komputer | Kamus Komputer |
penyelakuan komputer(computer simulation) | Pelaksanaan sistem rekaan atau model sistem sebenar yang dilakukan melalui penggunaan komputer. | Kamus Komputer |
masa CPU(CPU time) | 1. Masa pemprosesan sebenar yang diambil oleh CPU untuk memproses satu set suruhan. 2. Masa pemprosesan CPU yang diperuntukkan kepada sesuatu proses. | Kamus Komputer |