zikir | Ar perbuatan mengingati Allah dgn menyebut kalimah spt astaghfirullah, Allahuakbar, sama ada dgn lidah (zikir jali/jahri), atau dlm hati (zikir sirri/khafi); berzikir menyebut-nyebut nama Allah dan mengingati Allah; dikir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zikir | puji-pujian, doa dsb kpd Allah yg diucapkan berulang-ulang. berzikir mengucapkan puji-pujian, doa dsb kpd Allah berulang-ulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
zikir burdah | berzanji (nyanyi puji-pujian utk Nabi pd bulan Maulud). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
munajat | zikir dan doa utk mengharapkan keredaan, keampunan, hidayah, pertolongan dsb drpd Allah. bermunajat melakukan munajat; berzikir dan berdoa: Setiap hari dia ~ semoga diredai Allah akan segala yg dilakukannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wirid | 1 zikir yg dibaca selepas sembahyang. 2 petikan drpd Quran yg ditentukan utk dibaca atau utk dipelajari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tahmid | Ar zikir dgn mengucapkan “alhamdulillah” berulang-ulang; bertahmid melafazkan tahmid, berzikir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ratib | sj zikir, puji-pujian yg diucapkan berulang-ulang (lailahaillallah dll); ~ bang azan yg dilaung berkali-kali; ~ saman sj ratib amalan tarekat Saman (ajaran Abd. Karim al-Saman); beratib, meratib melakukan ratib, berzikir: ia pernah ~ tiap-tiap malam di surau; meratibkan meratib atau mendoa utk (orang meninggal dll), menzikirkan: mayat pun dikebumikan, diratibkan, dan ditahlilkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
munajat | Ar zikir dan doa utk mengharapkan keredaan, hidayah, pertolongan dsb drpd Allah: dlm ~, tiada rasa jarak pemisah antara diri yg berdoa dgn yg didoakan; bermunajat mendekati atau mendampingi Allah dgn cara berdoa (berzikir dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkasyaf | membuka hati: zikir ’lailaha illallah’ itu ~ kalbunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahlil I | Ar sj zikir kpd Allah dgn mengucapkan kalimah “lailahaillallah” berulang-ulang: selesai semua doa dan ~, Karim dgn kawan-kawannya mula beredar dr situ; bertahlil 1. melakukan tahlil: kemudian drpd selesai menyempurnakan fardu Isyak lalu ~; 2. Id nyanyian puji-pujian (dlm agama Kristian). | Kamus Dewan Edisi Keempat |