Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bung] | تمبوڠ

Definisi : sj tongkat (drpd kayu dll) yg diguna-kan sbg senjata, belantan, gada;menembung memukul dgn tembung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bung] | تمبوڠ

Definisi : bertembung 1. berjumpa (dgn tidak sengaja), bersua, bertemu, terjerempak: mereka selalu ~ dgn bapanya yg pulang dr laut; 2. bertemu menjadi satu, bercantum (sungai, jalan, dll): anak-anak sungai itu ~ pula dgn anak-anak sungai yg lebih besar; 3. berlanggaran, bersentuhan: kereta yg di-pandunya ~ dgn lori balak; 4. ki saling berpandangan, bertemu (pandangan): apabila mata ~, pemuda yg berbaju bunga nekat melepaskan senyum; kicang-kecoh ~ ciak prb tiap-tiap perkara yg hendak disiasat hen­daklah ada buktinya; menembungkan menemukan, menye­bab-kan bersua: kedatangan Islam ~ bahasa Melayu dgn bahasa Arab; mempertembungkan menjadikan (menyebab-kan) bertembung, memper­temukan, memper-suakan: di sinilah kelihatan unsur tradisional dan moden itu dipertem­bungkan melalui para doktor dan pawang bagi mengubatinya; perdagangan yg ~ mereka dgn banyak bangsa; pertembungan perihal bertembung, percan­tuman, perjumpaan, pertemuan: selagi ter­dapat ~ antara manusia, penyebaran cerita itu tetap terjamin; situasi spt ini timbul di mana-mana sahaja berlakunya ~ antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan Barat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bung] | تمبوڠ

Definisi : tongkat pendek (biasanya digunakan sbg senjata). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tem.bung] | تمبوڠ

Definisi : ; bertembung 1 ber­jumpa dgn tidak disangka-sangka; ter­serempak: Ketika ke pekan tadi, kami telah ~ dgn ibunya di tengah jalan. 2 bertemu menjadi satu (bkn sungai dll); bercantum. 3 berlanggar (bkn kenderaan): Kereta yg dipandunya ~ dgn lori balak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembung (kata nama)
Bersinonim dengan tongkat, belantan, gada, cokmar.,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
grid clashtembung gridtembung gridtembung gridLinguistik
collision coastpantai tembungpinggir laut tembungpinggir laut tembungPerikanan
anticollision lightlampu cegah tabrakanlampu cegah tembunglampu cegah tembungKejuruteraan Kapal Terbang

Kembali ke atas