Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air alkali


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
alkalialkaliBahan yang larut dalam air, menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit dan mempunyai nilai pH antara 8 - 14. Alkali akan membentuk garam dan air apabila bertindak balas dengan asid.Menengah Rendah
air lembutsoft waterAir yang mengandungi garam alkali bumi seperti kalsium, magnesium dan ferum pada kepekatan yang rendah. Air ini mudah berbuih dengan sabun. Contohnya, air paip.Menengah Rendah
alkalialkalineBahan yang larut dalam air dan menghasilkan ion hidroksida (OH–). Ia menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit, dan mempunyai nilai pH yang lebih daripada 7. Alkali bertindak balas dengan asid membentuk garam dan air.Menengah Atas
ion hidroksidahydroxide ionIon dengan formula OH- . Hidroksida logam biasanya bersifat bes, yang larut dalam air membentuk alkali, manakala hidroksida bukan logam bersifat asid.Menengah Atas
air lembutsoft waterAir yang mengandungi kepekatan rendah garam alkali bumi seperti kalsium, magnesium dan ferum. Air ini mudah berbuih dengan sabun.Menengah Atas
logam alkalialkaline metalUnsur logam yang tergolong dalam kumpulan 1 jadual berkala. Kumpulan ini terdiri daripada barilium, magnesium, kalium, natrium, litium, rubidium, sesium, dan fransium. Logam alkali bersifat lembut, berwarna putih-perak, merupakan logam elektropositif, bertindak cergas dengan air dan sangat reaktif.Menengah Atas
zinkzincUnsur logam yang boleh larut dalam asid dan alkali tetapi tidak larut dalam air yang mempunyai takat lebur 419°C serta bertakat didih 907°C. Zink digunakan untuk membuat aloi, elektrod sel kering dan bahagian kenderaan.Menengah Rendah
neutralneutralSifat bahan yang bukan asid dan bukan alkali dan tidak menukarkan warna kertas litmus merah dan biru. Contohnya, air, larutan gula dan minyak. Lihat RajahSekolah Rendah
natriumsodiumUnsur logam alkali yang mempunyai nombor proton 11, jisim atom relatif 23, takat lebur 97.6°C, takat didih 892°C, bertindak balas dalam air untuk membentuk larutan natrium hidroksida dan membebaskan gas hidrogen. Natrium biasanya digunakan sebagai bahan uji dan bahan penyejuk dalam reaktor nuklear. Formula Na.Menengah Rendah
peneutralanneutralizationProses tindak balas kimia yang berlaku apabila asid bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas