formalin | formalin | Larutan berair yang terdiri daripada 37% - 50% formaldehid yang biasanya digunakan sebagai bahan pengawet. | Menengah Rendah |
kemarau | drought | Keadaan kering kontang dan tidak berair kerana tiada hujan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
lecur | blister | Keadaan kulit yang mengelupas, menggelembung dan berair akibat terkena sesuatu seperti bahan berasid atau air panas. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hidrotropisme | hydrotropism | Gerak balas tumbuhan terhadap kehadiran air atau lembapan. Contohnya, pertumbuhan akar ke arah kawasan lembap atau berair. | Menengah Rendah |
selesema | flu | Penyakit yang menjangkiti bahagian atas salur pernafasan disebabkan oleh virus. Selesema biasanya diiringi oleh mata dan hidung berair. | Sekolah Rendah |
cacar air | chickenpox | Sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus dan mudah berjangkit. Ciri-ciri penyakit cacar air ialah demam berbintik-bintik merah dan berair serta meninggalkan kesan atau parut pada kulit. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hidrotropisme | hydrotropism | Pergerakan yang berlaku pada sebahagian tumbuhan sebagai gerak balas terhadap kehadiran air atau lembapan. Contohnya, akar menunjukkan hidrotropisme positif kerana tumbuh ke arah kawasan lembap atau berair, manakala hipokotilnya menunjukkan hidrotropisme negatif kerana tumbuh menjauhi air. | Menengah Atas |