prinsip keabadian jisim | law of conservation of mass | Prinsip yang menyatakan bahawa jumlah jisim bahan sebelum berlakunya perubahan kimia, iaitu bahan tindak balas, adalah sama dengan jumlah jisim bahan sesudah berlakunya perubahan kimia, iaitu hasil tindak balas. | Menengah Atas |
kitaran haid | menstrual cycle | Kitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa bagi seseorang wanita yang telah mencapai usia baligh dan tidak hamil. Kitaran ini berlaku dalam tempoh 28 hari. | Menengah Rendah |
kitaran haid | menstrual cycle | Kitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa pada seseorang wanita yang telah baligh dan tidak hamil, biasanya terjadi dalam selang empat minggu. | Menengah Atas |
daya impuls | impulsive force | Daya yang terhasil apabila berlakunya perubahan momentum, yang berlaku pada masa yang singkat. Contohnya, daya dalam pelanggaran di antara dua jasad. | Menengah Atas |
pendebungaan | pollination | Proses pemindahan debunga dari anter ke stigma sebelum berlakunya persenyawaan dalam tumbuhan berbunga. Pemindahan ini biasanya berlaku dengan bantuan agen pendebungaan seperti serangga, angin dan air. | Menengah Rendah |
alveolus | alveolus | Pundi udara yang halus di dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pada paru-paru vertebrat, rongga ini mempunyai membran yang nipis, kaya dengan rangkaian kapilari darah dan terletak di hujung bronkiol. Dindingnya yang lembap berperanan sebagai permukaan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
sitoplasma | cytoplasm | Bendalir seperti gel yang jernih dalam sel dan menjadi tempat berlakunya pelbagai tindak balas kimia. | Menengah Rendah |
penggalvanian | galvanization | Proses menyadur permukaan keluli atau besi dengan zink bagi mengelak berlakunya pengaratan. | Menengah Rendah |
takat didih | boiling point | Suhu ketika tekanan wap cecair menyamai tekanan atmosfera dan berlakunya perubahan jirim daripada cecair menjadi gas. Pendidihan berlaku pada keseluruhan cecair. Takat didih air adalah pada suhu 100°C. | Menengah Rendah |
korona | corona | Lapisan paling luar yang kelihatan di sekeliling matahari dan hanya kelihatan apabila berlakunya gerhana penuh matahari. | Menengah Rendah |