Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. cause to be unfriendly with each other, merenggangkan: the passing years have ~d us, masa yg berlalu merenggangkan kami; 2. detach, menjauhkan [diri] drpd: we had to ~ ourselves from the extremists for fear that we would end up like them, kita terpaksa menjauhkan diri drpd pelampau-pelampau itu krn takut kita akan menerima nasib spt mereka. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : into the ~, ke kejauhan: the ship sailed into the ~, kapal itu belayar ke kejauhan; keep o’s ~, menjauhkan diri dr: being shy, she kept her ~ from the other passengers, krn malu, dia menjauhkan diri dr penumpang-penumpang lain; keep so. at a ~, tdk mahu rapat dgn: she kept married men at a ~, dia tdk mahu rapat dgn lelaki yg sudah berkahwin; be no ~ at all, dekat betul; within hailing ~, sepelaungan; within walking ~, dekat, boleh berjalan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. length of space between two points, jarak: measure the ~ between point A and point B, ukur jarak antara titik A dan titik B; the ~ between a person’s eyes, jarak antara mata sso; the ~ between the two towns is 42 kilometres, jarak antara kedua-dua bandar itu ialah 42 kilometer; long - ~ runner, pelari jarak jauh; 2. space of time, /jangka, jarak/ /waktu, masa/: he looked back over a ~ of 25 years, dia memandang ke belakang ke jangka waktu lebih 25 tahun; 3. state of being distant, dr jauh: ~ lends enchantment to the view, dr jauh pemandangan itu kelihatan sangat indah; 4. route, course, sepanjang jarak: he ran the ~ in record-breaking time, dia berlari sepanjang jarak itu dlm masa yg memecahkan rekod; 5. reserve, unfriendliness, kerenggangan, hubungan renggang: there is a great ~ between the two cousins, hubungan antara kedua-dua sepupu itu amat renggang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : at a ~, dr jauh; (when specified) dr jarak: the noise of the machinery could be heard at a ~ of one kilometre, bunyi bising mesin itu dapat didengar dr jarak satu kilometer; be /a considerable, quite a, some/ ~ (from), (agak) jauh: the post office is quite a ~ from here, pejabat pos itu agak jauh dr sini; for a ~ of, sejauh: the river is navigable for a ~ of 100 miles, sungai itu boleh dilalui sejauh 100 batu; from a ~, dr jauh; (when the distance is specified) dr jarak: he observed her from a ~, dia memerhatinya dr jauh; the house can be seen from a ~ of 50 metres, rumah itu dapat dilihat dr jarak 50 meter; go the ~, approp v + sehingga tamat: he is taking part in the cross-country but I doubt if he will go the ~, dia akan mengambil bahagian dlm acara rentas desa tetapi saya tdk yakin dia boleh meneruskan larian sehingga tamat; in the ~, di kejauhan: they heard the sound of thunder in the ~, mereka terdengar bunyi guruh di kejauhan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata distance


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
jarakdistanceUkuran panjang di antara dua titik. Lihat RajahMenengah Rendah
jarakdistancePanjang di antara dua titik atau dua tempat. Lihat RajahSekolah Rendah
jarakdistancePanjang antara dua titik.Menengah Atas
jarak imejimage distanceJarak antara imej dengan pusat kanta atau kutub cermin.Menengah Atas

Kembali ke atas