Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedua

Puisi
 

Pilih-pilih tempat nak mandi,
     Pertama teluk kedua pantai;
Asyik memilih kain sekodi,
     Manakan laku kain sehelai.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh;
     pertama tegak,
kedua roboh.

Bermaksud :

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

 

Lihat selanjutnya...(21)

132

Between a rock and a hard place

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(37)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tuas kelas keduasecond class leverTuas yang bebannya terletak di antara fulkrum dengan daya. Contohnya, kereta sorong dan pembuka tudung botol. Lihat RajahMenengah Rendah
ZuhrahVenusPlanet yang kedua jauhnya dari matahari. Lihat RajahSekolah Rendah
kanta dwicembungbiconvex lensKanta yang kedua-dua permukaannya melengkung ke luar. Ia boleh menumpukan cahaya yang menerusinya. Lihat RajahMenengah Atas
kanta dwicekungbiconcave lensKanta yang kedua-dua permukaannya melengkung ke dalam. Ia boleh mencapahkan cahaya yang menerusinya. Lihat RajahMenengah Atas
pipetpipetteTiub kaca yang sempit dan kedua-dua hujungnya terbuka untuk memindahkan serta mengukur isi padu cecair.Menengah Rendah
penglihatan stereoskopikstereoscopic visionPenglihatan yang menggunakan kedua-dua belah mata yang berada di hadapan kepala. Penglihatan ini menghasilkan imej tiga dimensi dan jarak dapat dianggarkan dengan tepat tetapi medan penglihatannya sempit. Haiwan pemangsa biasanya mempunyai penglihatan stereoskopik. Lihat RajahMenengah Rendah
penglihatan monokularmonocular visionPenglihatan yang menggunakan kedua-dua belah mata yang berkedudukan di sisi kepala. Medan penglihatan amat luas tetapi jarak tidak dapat dianggar dengan tepat. Lihat RajahMenengah Rendah
ketagihanaddictionKebergantungan fizikal atau psikologi atau kedua-duanya pada sesuatu bahan terutamanya terhadap alkohol atau dadah.Menengah Rendah
pendengaran stereofonikstereophonic hearingKeupayaan untuk mendengar menggunakan kedua-dua telinga bagi menentukan arah bunyi dengan tepat.Menengah Rendah
tanah runtuhlandslidePenggelongsoran tanih, batuan, atau campuran kedua-duanya.Menengah Atas
123

Kembali ke atas