Glosari Sains Untuk Sekolah
penempelan | implantation | Proses pelekatan ovum tersenyawa pada dinding uterus di peringkat awal kehamilan. | Menengah Rendah |
embrio | embryo | Organisma yang terbentuk pada peringkat awal perkembangan ovum yang tersenyawa. Pada manusia, embrio berada dalam uterus ibu dari peringkat permulaan hingga minggu kelapan. | Menengah Rendah |
yolka | yolk | Makanan yang tersimpan di dalam telur untuk kegunaan embrio. Bagi telur yang tersenyawa, embrio terletak di permukaan yolka. Yolka dikenali juga sebagai kuning telur. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
Kembali ke atas