Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecende­rungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mem­punyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikum­pulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhim­pun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya ber­kaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melan­carkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kelompok (orang, binatang dll): Di tengah jalan, mereka berjumpa dgn ~ penjahat yg sedang mendirikan khemah. 2 sesuatu yg telah dikumpulkan (hingga menjadi banyak): ~ wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,

Puisi
 

Anak Cina main gelombang,
     Nampak dari Tanjung Jati;
Tuan umpama bunga yang kembang,
     Sentiasa hidup di dalam hati.

Anak beruk di kayu rendang,
     Turun mandi di dalam paya;
Hodoh buruk di mata orang,
     Cantik manis di mata saya.

Anak ikan dimakan ikan,
     Ikan berenang dalam perigi;
Hilang intan berganti intan,
     Intan bernama payung negeri.


Lihat selanjutnya...(1000)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kumpulan cerita fabel Nusantara Tiada[2013]978-967/-0478-17-3
Kumpulan Cerita Legenda Nusantara Tiada[t.thn.]978-967-0478-18-0
Kumpulan Puisi: Seniman MenangisIkatan Penulis SabahTiada2014978-983-2372-03-5
Kumpulan puisi: Dari Jendela Setia Tiada2014978-967-430-470-6
Kumpulan Puisi Terpilih Baha Zain Tiada2013978-967-430-260-3
Kumpulan sajak-sajak Hadiah Sastera 1971-1973 Tiada1989 
Kumpulan Cerita Jenaka dan Cerita BinatangDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-62-9071-7
Kumpulan Cerpen TanikaPenerbit Universiti Utara MalaysiaTiada2016978-967-0876-60-3
Kumpulan cerpen: Jenaka Si Darah Legenda Tiada2015978-967-0869-52-0
Kumpulan puisi: Laut Swakarya Tiada2014978-967-430-439-3
12345678910...

Kembali ke atas