Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; bersebab ada sebabnya (alasan mulanya): sakit bermula mati ~; polis tidak ada kuasa utk menangkap orang dgn tidak ~; menyebabkan menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain; penyebab 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg mengakibatkan se­suatu; asal mula: Mereka sedang memikirkan ~ utama perkara itu berlaku. 2 kerana; lantaran: Dia sakit perut ~ terlalu banyak makan buah mempelam muda. bersebab ada sebabnya: Jika tidak ~, kenapa engkau menangis? menyebabkan mendatangkan atau menimbulkan sesuatu; menjadikan sebab; mengakibatkan: Apa yg ~ bandar itu maju dgn cepat? penyebab sesuatu atau seseorang yg menyebabkan ber­lakunya sesuatu: Ini akan meng­akibatkan kemusnahan kpd manusia yg juga me­rupakan ~ pencemaran itu. Kerosakan tisu merupakan ~ utama gejala penyakit dlm jangkitan virus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebab

Puisi
 

Sebab bulan terbit pagi,
     Bunga pandan dalam cerana;
Sebab intan datang ke mari,
     Nampak berlain dalam bunga.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sebab mutiara sebiji,
     lautan yang dalam diselam orang.

Bermaksud :

Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Sebab-nya singa mengaumMacmillan CompanyTiada1950 
Sebab aku burung fanaPenerbit Putra LangitTiada2003979-9373-13-1
Sebab HarimauQalamTiada[19??] 
Apa sebab al quran tidak bertentangan dengan akalBulan BintangTiada1976 
Apa sebab rakyat Aceh sanggup berperang puluhan tahun melawan agressi BelandaPenerbit Bulan BintangTiada1977 
25 sebab mengapa anda seorang guru sains efektif : inspirasi perguruanPearsonTiada2008978-983-9327-74-6
Apa sebab aku kahwin dengan orang keling atau Singapura dimalam hariTrio Co.Tiada1936 
Rasuah : sifat, sebab dan fungsiDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-62-9977-2
Rasuah: sifat, sebab dan fungsiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20029789836244727
Rasuah: sifat sebab dan fungsiDewan Bahasa dan PustakaTiada19959836244727
12

Kembali ke atas