[da.to/] | داتوء
Definisi : gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh semua ketua negeri kecuali Melaka, Sarawak dan Sabah, kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Seri gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh semua ketua negeri, kecuali Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak, kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Sri gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Sultan Pahang kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)