Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (hébat) 1. teramat sangat atau luar biasa (gagah, dahsyat, kuat, elok, bagus, ramai, dll): pertengkaran ~ berbangkit dlm biliknya; sungguh ~ bunyi letupan malam tadi; 2. sl takut, segan: maka orang Pahang pun ~ rasanya melihat betul Hang Nadim me­marah itu; hebat-hebatan secara besar-besaran: puak pembangkang hendak melancarkan tunjuk perasaan secara ~; menghebat menjadi hebat, bertambah hebat: perompakan bank tahun ini ~ di Kuala Lumpur; menghebatkan 1. menjadikan hebat (banyak, besar, dll); 2. sl menakutkan: apakah yg ditakutkan dan dihebatkan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /hébat/ amat dahsyat dan me­ngerikan (bkn pergaduhan dll); amat kuat (bkn bunyi); terlalu gagah atau elok (bkn rupa dll): Selepas berjuang dgn ~nya, maka Hang Jebat pun mati ditikam oleh Hang Tuah. Sungguh ~ bunyi letupan itu. menghebat menjadi hebat; bertambah hebat: Kejadian pecah rumah mula ~ di kawasan itu. menghebatkan menjadikan hebat (kuat, besar dll): Pekerja-pekerja telah ~ usaha mereka utk menyiapkan projek yg besar itu. memperhebat menjadikan lebih hebat: Polis sedang ~ kegiatan mencari perompak-perompak itu. kehebatan hal atau keadaan hebat; kedahsyatan: ~ rupa dan gayanya tidak dpt dibayangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hebat (adjektif)
1. Bersinonim dengan unggul: agung, handal, ternama, terkenal, termasyhur, terbilang, gah,

2. Rujuk hangat 3

Kata Terbitan : menghebat, menghebatkan, memperhebat, hebat-hebatan, kehebatan,

Puisi
 

Teluk Emas Tanjung Ketapang,
     Tempat Uda mengail tenggiri;
Bersalut emas hebat dipandang,
     Sayang bahasa ke mana pergi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rupa harimau hati tikus.

Bermaksud :

Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(7)

463

Nobody is perfect

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Tak ada gading yang tak retak

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi tak ada gading yang tak retak. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Hebat BerpidatoDewan Bahasa dan Pustaka Wilayah UtaraTiada2013 
Hebat di pejabatDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2009978-967-5226-10-6
Pengalaman hebat tentang daya dan gerakan bersama Max Axiom Tiada2012978-983-068-707-0
Guru hebat penjana transformasi pendidikan negaraDewan Bahasa dan PustakaTiada2015978-983-46-1771-4
Perbalahan hebat dalam sains: sepuluh perbalahan paling hangatInstitut Terjemahan Negara Malaysia BerhadTiada2009983-068-219-6
Anakku hebat anakku solehTelaga Biru Sdn. Bhd.Tiada2006983-3494-00-5
Persembahan hebat dengan power pointPTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Tiada2007983-3585-84-1
Teknologi hebat hidupanDewan Bahasa dan PustakaTiada20029836268987
Siapa hebatUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada1993967610258x
Rahsia pengacara hebat: tip dan skrip pengacaraan Tiada2015978-967-0798-29-5
123

Kembali ke atas