Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (bilangan yg besarnya sama dgn) empat ditambah satu: ~ belas 15; ~ puluh 50; ~ ratus 500; ~ besar a) lima negara yg berkuasa; b) lima orang dll yg berpengaruh; ~ segi sesuatu (rajah dll) yg mempunyai lima segi; dua kali ~ = spt ~ belas dgn tengah dua puluh prb sama sahaja; berlima lima (orang dll) bersama-sama, lima (orang dll) semuanya: mereka yg ~ itu pernah berselisih faham dengannya; kelima yg nombor lima; kelima-lima lima-lima sekali, lima semua­nya; perlima dibahagi lima (bahagian); se~ satu bahagian drpd benda yg dibahagi lima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akronim bagi Langkawi International Maritime and Aerospace. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bilangan empat ditambah satu; 5: ~ belas 15; ~ puluh 50; ~ ratus 500. dua kali ~ sama saja. berlima lima bersama-sama. kelima yg nombor lima: Rukun Islam yg ~ ialah mengerjakan haji di Mekah. kelima-lima lima-lima sekali; lima semuanya. perlima dibahagi lima (bahagian): dua ~ dua bahagian drpd benda yg dibahagi lima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata LIMA

Puisi
 

Anak haruan lima-lima,
     Pilih saja yang mana besar;
Saya bukan ayam betina,
     Remak botak pantang berkisar.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(10)

525

It's six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Dua kali lima sepuluh

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : dua kali lima sepuluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Lima tahun MASTERA 2010-2014Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2016978-983-49-1202-4
Lima sateria di-hutan belantaraBorneo Literature BureauTiada1966 
Lima tahun dengan SusiLokajayaTiada[19??]. 
Lima orang saksiSTSI PressTiada2000979-8967-01-1
Lima beradikPustaka AntaraTiada1977 
Lima puloh cherita teladanPenerbitan Angkatan BaruTiada1965 
Lima bahasa kasih[t.p]Tiada1996 
Lima belas puisi Tiada1972 
Lima tahun Mastera 2005 - 2009Pusat BahasaTiada20109789790690653
Lima raja terakhirAl-SuhaimiTiada19909839968605
12345678910...

Kembali ke atas