Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.bu] | ابو

Definisi : 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk; ~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain; spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isteri­nya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan; mengabu menjadi abu, menyerupai abu; mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan pen­duduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu] | ابو

Definisi : kalah (dlm permainan congkak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu] | ابو

Definisi : suatu pangkat di Siam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.bu] | ابو

Definisi : 1 sisa barang yg telah habis terbakar: ~ dapur; ~ rokok. 2 kotoran yg halus-halus; debu: ~ jalan. berabu ada abunya atau terdapat abu pdnya. mengabu menjadi abu; menyerupai abu. mengabui menaburkan abu pd; menyebabkan berabu. ~ mata menyesatkan pandangan; menipu; memperdaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata abu

Puisi
 

Cik Abu orang Peringgit,
     Siang malam main perahu;
Buku tebu boleh kugigit,
     Buku buluh belum tahu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Berdiang di abu dingin.

Bermaksud :

Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Abu Kaduk wa Abu BandirDewan Bahasa dan PustakaTiada20069836291318
Abu Hanifah dengan si miskinPenerbitan Kintan sdn. Bhd.Tiada19939838190268
Abu Nawas Membilang BintangDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-49-0227-8
Abu MawasPenerbit TitiwangsaTiada19?? 
Abu MawasNusantaraTiada19?? 
Abu MawasNusantaraTiada19?? 
Abu Nawas Si Ayam JantanDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-49-0231-5
Abu Nawas Menjahit Batu LompangDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-49-0232-2
Abu Salih dan sebiji epalPenerbitan Kintan sdn. Bhd.Tiada1993.9838190268
Abu Mawas dilahirkanNusantaraTiada[19??] 
12345678910...

Kembali ke atas