Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa khas akan men­yusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau per­sembahan terpenting (biasanya juga yg ter­istimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi; beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya); 2. Id meme­riksa (membicarakan) perkara di mahkamah; mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum; mengacarai 1. mengelolakan atau mengen­dalikan sesuatu acara (pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis pelancaran produk itu; 2. Id memulai per­cakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa,” aku ~ per­cakapan; mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacara­kan pd malam penghabisan; 2. Id meng­adukan (perkara); pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg me­­ngendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juru­acara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw; mengacarakan menyambut (tamu), mempersilakan tetamu (duduk dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rancangan atau perkara yg akan dilakukan, dipertunjukkan, dibincangkan dsb dlm sesuatu perjumpaan (pertunjukan, mesyuarat dsb); agenda; program: ~ terakhir dlm majlis itu ialah membaca doa selamat. beracara memakai (mempunyai) acara; ada programnya atau ada agendanya. mengacarai mengendalikan sesuatu acara, majlis dsb dgn menjadi juruacara: Beliau berjaya ~ majlis penyampaian anugerah pd malam itu. mengacarakan menjadikan sbg (salah satu) acara; memasukkan ke dlm acara. pengacara orang yg mengacarai sesuatu acara, majlis dsb; juruacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acara


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Acara Sambutan Perasmian Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah SelatanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Acara Tahun Pembaca 88 Peringkat Negeri SarawakDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1988 
Acara Sukan Antara Rumah BKDBP 2011Dewan Bahasa dan PustakaTiada2011 
Acara meraikan penerima S.E.A. Write Award - Zaen KasturiDewan Bahasa dan PustakaTiada2011 
Acara pengantin berbagai gaya Tiada2003979-9246-19-9
Acara Kenali Warisan Kraf : Songket dalam Perkahwinan Melayu Tiada2003 
Acara Penutup sokan 1979 oleh Bahagian Buku Pelajaran dan Unit RekabentukDewan Bahasa dan PustakaTiada1979 
Acara Penuh Kegiatan Perasmian Bahasa Malaysia 1973Cenderamata Dewan Bahasa PustakaTiada1973 
Acara pantun dan penangguhan BBSNDewan Bahasa dan PustakaTiada2005 
Acara sambutan Maal Hijrah tahun 2002 peringkat kebangsaanDewan Bahasa dan PustakaTiada2002 
1234

Kembali ke atas