Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dab] | ادب

Definisi : 1. tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan: dia seorang yg tinggi ~nya; kami berbual-bual juga dan masing-masing ber­cermat menjaga ~, supaya tidak berlaku lang­gar bahasa; 2. cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu: ~ pergaulan; ~ makan; ~ tertib budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl tiada adab, biadab, kurang sopan; ilmu ~ pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya); beradab 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat ke­hidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~; mengadabi beradab (bersopan, berbudi ba­hasa) terhadap orang lain, menghormati: ~nya sbg orang yg sopan; memperadabkan menjadikan beradab (ber­tamadun), memajukan tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pd aspek jasmani dan rohani: ~ bangsa-bangsa yg terkebelakang; peradaban keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat; berperadaban telah mencapai peradaban (yg maju), bertamadun: dunia yg sofistikated lagi ~ ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dab] | ادب

Definisi : budi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. kurang ~ tidak tahu adat; kurang sopan. beradab 1 baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2 telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adab

Puisi
 

Saya tidak membakar arang,
     Abang mengepit si bunga dedap;
Saya tidak kata sebarang,
     Kerana abang tak tahu adab.


Lihat selanjutnya...(2)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Adab-adab dan akhlak terpujiPustaka MudaTiada1975[t.m.]
Seminar adab-adab berbeza pendapat dalam IslamPertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' MalaysiaTiada2005 
Siri islam asas kehidupan : adab-adab keislaman Tiada2006983-2612-68-3
Hukum-hakam lengkap sembahyang fardhu dan sunat wanita serta adab-adab harianPerniagaan JahabersaTiada 973-170-739-7
Adab dialog dalam Islam Tiada2015978-983-068-236-5
Adab Menuntut IlmuDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-46-0722-7
Adab BerkawanDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-46-0720-3
Adab Mensyukuri Rezeki AllahDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-46-0721-0
Adab Mengurus DiriDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-46-0718-0
Adab bersuluk Shaykh Abdul Wahab RokanDewan Bahasa dan PustakaTiada2015978-983-46-1922-0
12345

Kembali ke atas