Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dap.ta.si] | ادڤتاسي

Definisi : penyesuaian dgn keadaan dsb yg baru atau berbeza: ~ buku-buku Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan; seseorang itu perlu membuat ~ terhadap hidupnya utk mengimbangkan tuntutan keperluan dgn kemampuan diri; beradaptasi membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu ~ secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza; mengadaptasi membuat adaptasi: orang Islam di merata-rata pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab; drama terjemahan perlu diadaptasi supaya mencer­minkan nilai-nilai dan alam kita; seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku drpd yg tidak normal atau tidak rasional kpd yg lebih rasional dan logik; pengadaptasian perihal (perbuatan dsb) mengadaptasi sesuatu; pengadaptasi orang yg membuat adaptasi (penyesuaian), orang yg menyesuaikan se­suatu (biasanya karya sastera atau seni): Muhammad Uthman Jalal dianggap sbg ~ yg paling berpengaruh, tidak kurang se­puluh buah drama Perancis telah diadap­tasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dap.ta.si] | ادڤتاسي

Definisi : penyesuaian dgn keadaan atau dgn sesuatu yg baru: Mereka harus tahu utk membuat ~ terhadap kehidupan di tempat yg baru itu. beradaptasi menyesuaikan diri dgn keadaan atau dgn sesuatu yg baru: Manusia mudah ~ dgn persekitarannya. mengadaptasi melakukan penyesuaian terhadap sesuatu supaya menjadi lebih bermanfaat atau lebih sesuai di persekitaran yg baru: Mereka diajar utk ~ perlakuan drpd yg kurang sopan kpd yg lebih sopan. pengadaptasian perbuatan atau hal mengadaptasi. pengadaptasi orang yg membuat adaptasi atau yg mengadaptasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adaptasi


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Adaptasi pementoran dalam organisasiPenerbit Universiti Sains MalaysiaTiada2010978-983-861-386-6
Adaptasi Pementoran dalam OrganisasiPenerbit Universiti Sains MalaysiaTiada2009978-983-861-386-6
Penulisan Adaptasi Karya SasteraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Srengenge: adaptasi novel karya Shahnon AhmadPenulisTiadat.th 
Bengkel Adaptasi Buku Akademik anjuran DBP, BC, BDCDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Budak Lejen: Adaptasi Buku Sperma Cinta Tiada2015978-967-0591-34-6
Pertandingan Monodrama Adaptasi Cerpen Wilayah Timur 2009Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah TimurTiada2009 
Pertandingan Monodrama Adaptasi Cerpen Wilayah Timur 2009Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah TimurTiada2009 
Janji diana... adaptasi novelAlaf 21 Sdn BhdTiada2003983-124-128-2
Pertandingan Drama Sebabak Adaptasi Karya Klasik - BBK 2015 Peringkat Negeri PahangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
123

Kembali ke atas