[a.khir] | اخير
Definisi : 1. kemudian sekali, penghabisan: perkataan itu terdapat pd baris ~ halaman itu; ikhtiarnya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~ musim penghujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b) penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg diadakan terkemudian sekali (sbg penamat): pertandingan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[a.khir] | اخير
Definisi : 1 = terakhir di hujung atau di belakang sekali letaknya; terkemudian; terkebelakang: Ayat yg ~ dlm karangan itu lebih baik dibuang saja. 2 bahagian atau tempoh yg kemudian sekali; penghabisan; kesudahan: Pd ~ tahun ini, saya akan melancong ke luar negara. akhirnya, = akhir-akhirnya kesudahannya: ~ mati juga anjing yg dilanggar kereta itu. berakhir sampai ke akhirnya; selesai; habis: Cuti sekolah telah ~ pd pertengahan bulan April. mengakhiri menaruh atau menempatkan kemudian; mengundurkan (waktu). akhiran penambah (spt -an, -i, -kan) yg terdapat di hujung sesuatu perkataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)