Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.li.ran] | اليرن

Definisi : 1. gerakan mengalir (bkn air, tenaga elektrik, dll): ~ air sungai menuju ke laut; ~ tenaga elektrik; 2. gerakan keluar atau masuk biasanya banyak-banyak (dr sebuah negara ke negara lain dsb): ~ emas ke luar negeri; 3. saluran (spt paip air, dawai elektrik, dll) tempat mengalirnya sesuatu: ~ sungai itu selalu berpindah-pindah; 4. haluan pemikir­an (pendapat), mazhab (politik, pandangan hidup, dll); ~ falsafah moden pandangan (haluan) falsafah moden; ~ komunis pendapat atau pemikiran komunis; ~ zaman pandangan hidup masa tertentu; 5. jalan (cerita dsb): cerita ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dgn kisah pepe­rangan Kedah; 6. arah perkembangan, ke­cen­derungan atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan): ~ puisi tahun enam puluhan; ~ pasaran getah; 7. yg termasuk dlm sesuatu golongan yg khusus atau tertentu (bkn pem­bahagian atau pengelasan pelajar atau pelajar­an dsb), sekolah menengah ~ Melayu; pelajar-pelajar ~ sains; ~ tunai penerimaan dan pem­bayaran wang tunai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.li.ran] | اليرن

Definisi : 1 gerakan sesuatu yg cair; gerakan mengalir. 2 gerakan tenaga elektrik melalui kawat: Kerana sesuatu kerosakan, ~ elektrik telah terputus. 3 ki haluan pendapat (pandangan hidup dll) yg timbul drpd sesuatu faham. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aliran


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Aliran-aliran moden dalam IslamTintamasTiada1951 
Aliran-aliran linguistikUsaha NationalTiada1984 
Aliran-aliran kepercayaan dan kebatinan di IndonesiaGhalia IndonesiaTiada1977 
Aliran-aliran klasik, romantik dan realisma dalam kesusasteraanPustaka JayaTiada1972 
Pengajaran geografi aliran-aliran baruPenerbit Fajar BaktiTiada19879676500895
Pandangan AliranAliran Kesedaran NegaraTiada1985 
Aliran speaks : being a collection of aliran's views on various social issues from August 1977 to September 1981Aliran Kesedaran NegaraTiada1981 
Aliran Syiah Tiada1982 
Aliran tagmemikTiara WacanaTiada2008979-1262-21-7
Aliran PendidikanPustaka Aman PressTiada1980 
1234567

Kembali ke atas