Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lu] | الو

Definisi : (alat) penumbuk padi dsb, antan; (bagai) guna-guna, ~ sesudah menumbuk di­campakkan prb, Mn dihargai waktu berguna dan jika tidak ada lagi perlunya dicampakkan (ditinggalkan); (bagai) dihentak ~ luncung prb, Mn dialahkan oleh orang yg tidak pandai atau yg lemah; bak ~ pencungkil duri prb Mn tidak mungkin dapat dilakukan; orang yg selancaran ~, atap yg berjahit, bendul bertekan prb, Mn perkauman yg dekat me-nurut adat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lu] | الو

Definisi : ; mengalu-alukan 1. menyambut ke­datangan tamu dll (dgn hormat dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. me­nyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan itu ~ pe­ngu­muman yg dibuat oleh Menteri itu; 3. mengeluarkan kepala hendak menengok (menjenguk): ia ~ kepalanya keluar tingkap utk melihat siapa yg memanggil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lu] | الو

Definisi : kayu dsb sbg alat penumbuk padi; antan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.lu] | الو

Definisi : ; mengalu-alukan menyambut ketibaan seseorang: Kami telah pergi ke lapangan terbang utk ~ sahabat kami itu. aluan (yg) digunakan utk mengalu-alukan: kata-kata ~. alu-aluan berkaitan dgn sesuatu utk mengalu-alukan: kata ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alu

Puisi
 

Jika berkelik parah di bukit,
     Ambil alu terkenangkan paya;
Paling muka senyumlah sedikit,
     Sudah tahu diamlah kita.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Dientak (hentak) alu luncung.

Bermaksud :

Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ditembak petus tunggal). luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Ucapan alu-aluan Dato' Haji A. Aziz Deraman Ketua Pengarah DBP dalam majlis perasmian DBP Wilayah SelatanDewan Bahasa dan PustakaTiada2004 
Buaya dengan aluDewan Bahasa dan Pustaka BruneiTiada1983 

Kembali ke atas