Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pi] | اڤي

Definisi : 1 panas dan cahaya yg terjadi apabila sesuatu terbakar; nyala: ~ pelita. 2 panas yg kelihatan berwarna merah tetapi tidak bernyala: ~ rokok. 3 tenaga elektrik; karan elektrik: Rumahnya sudah siap tetapi air dan ~ belum disambungkan lagi. 4 ki perasaan marah, rindu, sayang dsb yg menjadi-jadi; semangat dsb yg meluap-luap: ~ perjuangan; ~ cinta. berapi ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. berapi-api 1 berkobar-kobar; bersemangat: Ucapannya yg ~ itu menaikkan semangat sekalian yg hadir. 2 marah sekali. mengapi-apikan menaikkan semangat; mengobar-ngobarkan: Mereka ~ rakyat negeri itu supaya memberontak. perapian tempat api; keran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api nama sj serangga perosak tanaman yg badannya berwarna kuning kemerah-merahan, Aspidomorpha miliaris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.pi] | اڤي

Definisi : ; api-api beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yg tumbuh pd pohon-pohon lain, Avecennia spp.; Viscum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata api

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Bermaksud :

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Majalah semusim api api Tiada1976 
Api reformasi Tiada2000 
Api di Lembah KetibungDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1978 
Api kemerdekaan IndonesiaLembaga Kebudajaan RakyatTiada1962 
Api islamPembangunanTiada1966 
Api masih membakarDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997983-62-1187-X
Api di Lembah KetibungDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1987 
Api dan ahli bomba Tiada1975 
Api : dan beberapa tjerita pendek lainBalai PustakaTiada1951 
Api masih membakarDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1979 
12345678910...

Kembali ke atas