Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ca] | باچ

Definisi : ; ruang ~ bilik tempat membaca;membaca 1. memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya: ~ akhbar (buku, novel, surat, dsb); 2. mengucapkan apa yg tertulis atau tercetak pd buku, papan tanda, dsb secara lisan (dgn kuat): ia ~, adikadiknya mendengar; ~ khutbah berkhutbah; ~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dgn kuat dan berlagu, mengaji al-Quran; 3. memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf, dsb) tidak dgn mata tetapi dgn jari-jari: ~ Braille; 4. melihat dan mencatatkan angka yg ditunjukkan pd meter (termometer dsb): ~ meter elektrik; 5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dsb) seseorang dgn melihat seseorang secara luaran sahaja: drpd tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya; ~ isi hati seseorang; bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union? 6. mengucapkan baris-baris sajak dgn penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi: ~ sajak; 7. meneliti garis-garis pd tapak tangan utk meramalkan nasib seseorang: dia pandai ~ tapak tangan;membacai 1. membaca berkali-kali, mempelajari; 2. Jw menyindir-nyindir;membacakan membaca utk: ia ~ anaknya cerita-cerita dongeng;terbaca membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dsb) lalu membacanya: saya ada ~ tentang gejala yg serupa ini dlm alam bahasa Jepun; keterbacaan darjah betapa senang atau sukarnya memahami sesebuah teks;bacaan 1. bahan utk dibaca: di kapal itu, disediakan juga ~; ~ ringan bahan bacaan yg kandungannya bukan tentang hal-hal (perkara-perkara) yg serius atau yg (agak) sukar difahami; 2. cara membaca: ~ al-Quran akan diadili oleh pengadil antarabangsa; 3. hasil yg dibaca: jika alat menyukat perjalanan minyak menunjukkan ~ yg rendah, enjin hendaklah dihentikan; 4. yg digunakan utk membaca: bilik ~; bahan ~;pembacaan 1. perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) membaca (buku, akhbar, majalah, dsb): Hikayat Panji Semirang yg diusahakan ini ialah hasil drpd ~ hikayat-hikayat tulisan tangan; ~ akhbar dlm waktu pejabat tidak dibenarkan; suatu tugas besar perpustakaan awam berusaha menggalakkan ~ yg lebih luas di kalangan orang ramai; 2. perbuatan, perihal membaca (meter dsb): ~ meter dibuat setiap awal bulan; 3. perbuatan membaca (mendeklamasi): selain ceramah, akan diadakan pula ~ sajak;pembaca orang yg membaca: majalah ini banyak mempunyai ~nya; ~ pruf orang yg tugasnya membaca (meneliti) pruf dan membetulkan kesilapan yg didapati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ca] | باچ

Definisi : ; membaca 1 membunyikan huruf-huruf yg ditulis; melihat dan memahami apa-apa yg tertulis: Ibu saya sedang ~ Quran. 2 menyebut atau melafazkan sesuatu perkataan atau ayat yg telah dihafaz: Sebelum kami makan, ayah akan ~ doa terlebih dahulu. membacakan membaca utk: Ibu ~ adik cerita sebelum tidur. terbaca 1 dpt atau boleh dibaca. 2 membaca dgn tidak sengaja. keterbacaan keadaan dpt atau boleh dibaca dan difahami: Buku itu kurang mendapat sambutan kerana tahap ~nya tinggi. bacaan 1 bahan utk dibaca (spt buku); apa-apa yg dibaca: Di perpustakaan, banyak terdapat buku ~. 2 cara membaca; hasil membaca: ~nya lancar sekali. pembacaan perbuatan atau hal membaca. pembaca orang yg membaca: Saya ingin menjadi ~ berita di radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baca

Puisi
 

Buah bacang sebiji bulat,
     Belum hiris masam dulu;
Tuan pergi kukirim surat,
     Belum baca menangis dulu.


Lihat selanjutnya...(9)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Baca Teks Sastera dan Baca Puisi SepetangDewan Bahasa dan PustakaTiada2000 
Majlis Baca Teks Sastera dan Baca Puisi SepetangDewan Bahasa dan PustakaTiada2000 
Baca Puisi PENA - ITBM bersama Kelab Penulis DBPDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Baca Puisi Dunia Numera 2014 Tiada2014978-967-12499-0-1
Baca Puisi PENADewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Baca Naskhah Jawi LamaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014 
Baca puisi Kedah sihat sejahtera Tiada2002 
Baca Puisi Bersama Kelab Deklamator (Derma) - Pesta Buku 2014Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014 
Baca Puisi - Sebutir Permata Di Pulau MutiaraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014 
Baca Puisi - Sebutir Permata Di Pulau Mutiara (MCP)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014 
12345678910...

Kembali ke atas