Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.has] | بحث

Definisi : penyelidikan, pengupasan, perbincangan; ilmu ~ pengetahuan tentang mencari kebenaran (cara berfikir yg benar) dgn jalan bertukar fikiran;berbahas, berbahas-bahasan berbincang dgn seseorang atau pihak yg lain mengenai sesuatu perkara dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), berdebat: mereka ~ mengenai kesalahan bahasa;membahaskan 1. membincangkan sesuatu dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), mendebatkan, memperdebatkan: persidangan utk memilih usul-usul yg akan dibawa dlm sidang agung utk dibahaskan; 2. mengupas, mengkritik, membantah: kenyataan ini tidak dapat dibahaskan lagi;bahasan 1. kritik, penyelidikan; 2. = perbahasan; perbahasan 1. perihal berbahas atau membahaskan, perdebatan: dlm ~ itu, acap kali dikemukakan pendapat yg bukan-bukan; ~ mengenai rang undang-undang; 2. peraduan berbahas antara dua pasukan (biasanya terdiri drpd tiga orang) yg membahaskan sesuatu tajuk (secara formal): ~ peringkat akhir antara Sekolah Alam Shah dan Kolej Tunku Kursiah akan disiarkan secara langsung melalui televisyen;pembahasan perihal membahaskan;pembahas orang yg membahaskan (sesuatu perkara), orang yg mengambil bahagian dlm (peraduan) perbahasan: ~, baik pencadang mahupun pembangkang, terdiri drpd dua orang Melayu dan dua orang bukan Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.has] | بحث

Definisi : 1 perbincangan; pengupasan. 2 penyelidikan; pemeriksaan. berbahas bertukar-tukar fikiran antara satu dgn yg lain mengenai sesuatu perkara; berdebat: Mereka sedang ~ ttg pelajaran anak-anak Melayu. membahas 1 menyatakan tidak setuju dgn sebab-sebab tertentu; menyanggah (dgn alasan tertentu); mendebat: Ali telah ~ pendapat Musa dgn panjang lebar dlm forum tsb. 2 menyelidik; memeriksa. memperbahaskan menjadikan sesuatu sbg bahan berbahas; memperdebatkan: Perkara itu akan diperbahaskan dlm majlis yg akan diadakan nanti. perbahasan pertukaran fikiran mengenai sesuatu perkara; perbuatan atau hal berbahas; perdebatan: Majlis ~ itu telah ditangguhkan ke minggu hadapan. pembahasan perbuatan atau hal membahas. pembahas 1 orang yg membahas: Pihak ~ telah memenangi perbahasan itu dgn kelebihan lima belas mata. 2 orang yg berbahas atau memperbahaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahas


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Bahas: no. 56 th XXXII 2005 issn: 0852-8515 periode januari - maret 2005 Tiada20050852-8515
Pertandingan Bahas Guru-Guru Malaysia Tiada1993 
Pesta Bahas IPT '99 untuk Perisai Ketua Pengarah DBPDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1999 
Pelajaran Bahas Malaysia Darjah 4Dewan Bahasa dan PustakaTiada1982 
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (Akhir)Dewan Bahasa dan PustakaTiada1998 
KBSR Bahas Malaysia tahun 1 untuk srjk (C)/(T)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2001983-62-5042-5
Situasi Bahas di MalaysiaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Pertandingan bahas sekolah-sekolah menengah daerah Ulu LangatDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Pertandingan akhir bahas piala perdana menteriDewan Bahasa dan PustakaTiada1995 
Pembukaan pertandingan bahas oleh Dr. Mahathir MohamadDewan Bahasa dan PustakaTiada1975 
12

Kembali ke atas