Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.sa] | بهاس

Definisi : 1 sistem lambang bunyi suara yg digunakan sbg alat perhubungan dlm sesuatu kelompok manusia utk melahirkan perasaan dan fikiran: ~ Melayu; ~ Jawa. 2 kata-kata yg disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dlm percakapan atau tulisan: Orang-orang drpd pelbagai kaum di Malaysia menggunakan ~ Melayu. 3 kelakuan yg baik: tak tahu ~ kurang ajar; tidak sopan. ~ asing bahasa yg bukan bahasa ibunda sendiri, yg dipelajari secara formal atau tidak formal. ~ badan cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan. ~ baku ragam bahasa yg diakui betul dan diterima oleh penutur aslinya yg terdidik dlm bahasa bkn (ditandai oleh bentuk kata dan ayat yg mengikut kaedah tatabahasa dan digunakan dlm perhubungan rasmi, tulisan ilmiah atau perbicaraan umum). ~ basahan bahasa yg digunakan sehari-hari dlm keadaan tidak rasmi. ~ dalam kata-kata atau bahasa yg biasa digunakan di kalangan raja-raja (spt santap, gering, dan mangkat). ~ halus kata-kata atau bahasa yg sopan yg digunakan dlm pertuturan atau tulisan (spt bersalin, hamil, dan meninggal dunia). ~ ibu (ibunda) bahasa yg pertama sekali dikuasai oleh seseorang dan digunakan utk berhubungan dgn keluarga dan lingkungannya. ~ kasar kata-kata atau bahasa yg tidak sopan yg digunakan dlm pertuturan atau tulisan (spt mampus dan melahap). ~ kebangsaan bahasa yg diterima dan digunakan oleh rakyat sesebuah negara sbg alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara. ~ lisan ragam bahasa yg digunakan dlm pertuturan, iaitu sewaktu bercakap. ~ moden bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan hingga kini, mis bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. ~ pasar ragam bahasa Melayu yg tidak betul jalan bahasanya (terutamanya spt yg dituturkan oleh orang asing yg tidak tahu akan kaedah bahasa Melayu). ~ pengantar bahasa yg digunakan utk berhubung dlm mesyuarat, dlm pemberian pelajaran di sekolah dsb. ~ penyatu bahasa yg memainkan peranan penting dlm menyatukan masyarakat, terutamanya masyarakat yg berbilang kaum, budaya, agama dsb. ~ persuratan bahasa yg digunakan dlm penulisan dan dlm karya kesusasteraan. ~ rasmi bahasa yg digunakan dlm perhubungan rasmi kerajaan sesebuah negara. ~ tulis (tulisan, surat) ragam bahasa spt yg digunakan dlm karangan-karangan bertulis (sbg lw bahasa lisan). berbahasa 1 menggunakan bahasa: Orang Melayu ~ Melayu. 2 mempunyai budi bahasa yg baik; bersopan santun: Orang berbudi kita ~. membahasakan 1 menyebut atau memanggil seseorang dgn panggilan tertentu: Orang-orang di negeri Perak ~ saudara lelaki mereka yg tertua, yop. 2 menyatakan dgn kata-kata; menuturkan: Dia tidak sanggup ~ kesedihan yg ditanggungnya. kebahasaan hal mengenai bahasa atau yg berkaitan dgn bahasa. perbahasaan perihal berbahasa; pertuturan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Hilang bahasa lenyap bangsa.

Bermaksud :

Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Ziarah Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka ke Berita Harian SDN. BHDDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2003 
Syarahan Umum : Bahasa Melayu, Bahasa Sains dan TeknologiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2016 
Malam Teguh Bahasa Sempena "Kembara Bahasa 2015"Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
Kata pinjaman bahasa tamil dalam bahasa melayuDewan Bahasa dan PustakaTiada2015978-983-46-1539-0
Mesyuarat Pembukaan Audit Bahasa Melayu (Audit Bahasa)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2017 
Kamus bahasa Malaysia - bahasa Itali = Dzizionario Italiano-Malese Tiada2013978-967-363-467-5
Suloh bahasa II (buku bahasa untok sekolah menengah)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1964 
Penggunaan bahasa dalam surat rasmi : bahasa dalam komunikasiDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-62-0057-0
Pengaruh sintaksis bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu dengan rujukan khusus terhadap laras bahasa ilmiahNurin EnterpriseTiada1988 
Seminar Penyelidikan Bahasa Merealisasikan Sains dan Teknologi Melalui Bahasa KebangsaanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2016 
12345678910...

Kembali ke atas