Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas I

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Kain pelikat di atas peti;
Baik balas baik tidak,
     Sudah ikhlas dalam hati.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Ada hujan ada panas,
     ada hari boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Tindak balas organik bernamaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1988983-62-0229-3
Pementasan Boneka 'Balas Budi' Karya/Arahan Yahya HashimDewan Bahasa dan PustakaTiada2001 
Kinetik tindak balas permulaanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1995 
mencari lintasan tindak balas organikUniversiti Sains MalaysiaTiada19899838610011
Mncari lintasan tindak balas organikUniversiti Sains MalaysiaTiada19899838610011
Penilaian prestasi maklum balas 360 darjahPenerbit Universiti Utara MalaysiaTiada2004983-2078-20-2
Buat baik di-balas baikPustaka BersatuTiada1965 
Buat baik di balas baikPustaka BersatuTiada1965 
Buat baik di-balas baikPustaka BersatuTiada1965 
Hikayat Korban Kesedehan atau Buat Baik Balas JahatPusat Dokumentasi MelayuTiada1932 
12

Kembali ke atas