Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.ci] | بانچي

Definisi : perhitungan (bilangan penduduk, lalu lintas, dll): menurut ~ tahun 1982, penduduk negeri itu berjumlah dua juta orang;membanci 1. menghitung, mengira (penduduk, lalu lintas, dll): Pejabat Tanah sedang ~ orang yg mendirikan rumah di kawasan itu; 2. Pr membahagi sama banyak;bancian hasil drpd membanci;pembancian kerja-kerja membanci: ~ penduduk telah dijalankan di negara ini;pembanci orang yg ditugasi utk membanci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ci] | بانچي

Definisi : 1. bersifat lelaki dan perempuan, tidak lelaki dan tidak perempuan; 2. lelaki yg berkelakuan spt perempuan (atau sebaliknya); 3. ark lemah syahwat; 4. ark bomoh yg berpakaian cara perempuan (di Sulawesi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ci] | بانچي

Definisi : sj perkakas pertukangan kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ci] | بانچي

Definisi : hitungan yg dibuat utk mengetahui banyaknya: Menurut ~ tahun 1957, penduduk Kuala Lumpur berjumlah 316,000 orang, sekarang tentunya lebih drpd itu. membanci menghitung (jumlah penduduk dll): Pegawai-pegawai sedang ~ penduduk di kawasan itu. bancian hasil drpd membanci; hitungan: ~ penduduk bagi tahun lepas akan diumumkan. pembancian hal (perbuatan, kerja-kerja dsb) membanci. pembanci orang yg membanci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banci


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Banci Ekonomi, 2001Jabatan Perangkaan MalaysiaTiada20011675-3186
Malaysaia : Banci Ekonomi 2001 - Pengangkutan Dan KomunikasiJabatan Perangkaan MalaysiaTiada20021675-3186
Atlas banci = census atlasJabatan Perangkaan MalaysiaTiada19961394-6250
Atlas banci Tiada  
Kajian semula anggaran penduduk pertengahan tahun antara banci Tiada  

Kembali ke atas