Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rat] | بارت

Definisi : 1. mata angin, arah tempat matahari terbenam, lwn timur: garis khatulistiwa melintang dr timur ke ~; 2. (biasanya dlm huruf besar) a) Eropah dan benua Amerika; b) (politik dunia) Eropah Barat dan Amerika; 3. Ph, Kl; orang ~ orang Kelantan; ~-~ daya mata angin antara barat dan barat daya; ~-~ laut mata angin antara barat dan barat laut; ~ daya mata angin antara barat dan selatan; ~ daya semata selatan mata angin antara barat daya dan selatan; ~ gunung berendam barat tepat; ~ laut mata angin antara barat dan utara; ~ laut semata ~ mata angin antara barat laut dan barat; ~ tepat barat benar-benar;membaratkan menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: gerakan Pan-Islam ini mula merosot terutamanya sewaktu Mustapha Kamal Ataturk menghapuskan kesultanan Turki dan ~ negaranya;kebaratan, kebarat-baratan meniru-niru (adat, cara hidup, kelakuan, dll) orang Barat, berlaku spt orang Barat: inilah yg terjadi kpd pelajar yg terlalu ~;pembaratan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: pemodenan yg berasaskan tamadun Barat; ini mengakibatkan proses urbanisasi, perindustrian, modenisasi, dan ~ ke dlm sistem budaya orang Cina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rat] | بارت

Definisi : sesat; sesat ~ sesat benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rat] | بارت

Definisi : 1 arah tempat matahari masuk: lw timur: Ke sebelah ~ negeri Pahang ialah negeri Selangor. 2 negara-negara di sebelah Eropah dan Amerika: bangsa ~ bangsa Eropah atau Amerika (spt Inggeris, Jerman dll). ~ daya arah di antara barat dgn selatan. ~ laut arah di antara barat dgn utara. membaratkan 1 menghalakan ke sebelah barat. 2 menjadikan secara Eropah atau secara Amerika. kebarat-baratan berlagak spt orang barat (Eropah atau Amerika). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barat

Puisi
 

Anak rusa lari ke barat,
     Sampai di barat makan ubi;
Sementara gila belum melarat,
     Carilah bomoh untuk mengubati.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Timur beralih ke sebelah barat.

Bermaksud :

Lelaki menurut perintah perempuan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Barat-Timur dan bom atomDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2002983-62-7533-9
Kebudayaan barat dan kesejahteraan umat manusiaIntegritaTiada1985 
Filsafat barat abad XX Tiada1983 
Dari barat ke timurDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013978-983-46-0791-3
Kebangkitan Barat Sejarah Masyarakat ManusiaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada19949836239979
Kebangkitan baratDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1994983-62-3997-9
Benturan Barat - IslamPenerbit MizanTiada1983[t.m.]
Dikir baratKementerian Kebudayaan Belia & SukanTiada1981 
Dikir BaratDewan Bahasa dan PustakaTiada2000 
Pensejarahan BaratPenerbit Fajar BaktiTiada1987967-65-0345-2
12345678910...

Kembali ke atas