Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bau] | باءو

Definisi : sesuatu yg tercium oleh hidung (spt wangi, hanyir, dll): sambil berjalan, ia menghidu-hidu ~ wangi di kemejanya; ~ setahun pelayaran sangat busuk baunya; ~ daun semberu Kl kaum kerabat yg jauh; ada ~-~ bacang ada pertalian saudara (tetapi sudah jauh); sudah tercium ~nya ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ busuk tidak berbangkai prb fitnah (celaan) yg tidak beralasan; ayam terlepas, tangan ~ tahi prb orang yg hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu; jauh ~ bunga, dekat ~ tahi prb berkasih-kasihan itu lebih kekal dr jauh drpd berdekatan; umpama kesturi, kerana ~ hilang nyawanya prb orang yg menunjukkan sesuatu yg berharga kpd orang yg tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;sebau 1. serupa baunya; 2. ki agak serupa (sifatnya dsb), sesuai dgn, sejenis; seragam ~ sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain); berbau 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); membaui 1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau): anjing itu ~ bangkai; 2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani: mereka sampai ke tempat persembunyian yg tidak dapat dibaui oleh Jepun;terbau 1. tercium bau, terhidu bau: ~ oleh sang kancil harimau datang; 2. diketahui (orang), terbongkar: akhirnya ~ juga apa yg telah dibuatnya; bauan, bau-bauan segala yg berbau wangi, minyak wangi atau bunga yg harum dll: banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;pembau (Bio) deria badan yg berfungsi utk membaui sesuatu: saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bau] | باءو

Definisi : Id ukuran luas tanah (500 tombak persegi atau 78 850 kaki persegi atau 0.73 hektar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bau] | باءو

Definisi : apa-apa yg dpt dicium dgn hidung, spt wangi, busuk: Busuk benar ~ bangkai tikus ini. ~-~ bacang pertalian keluarga yg sudah jauh. berbau mengeluarkan bau: Bangkai binatang bersepah-sepah dan ~ sangat busuk. membaui mencium-cium supaya dpt diketahui baunya: Kebanyakan binatang ~ apa-apa saja yg hendak dimakannya. bau-bauan segala yg berbau harum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bau

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun,
     sudah hendak berumah tangga.

Bermaksud :

Belum cukup umur sudah hendak beristeri.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Bau Semangat Anak Muda Tiada2013978-967-11585-0-0
English-Bau/Jagoi Phrase BookBorneo Literature BureauTiada1968tiada maklumat
Rindu bau pohon tinGaleri Ilmu Sdn. Bhd.Tiada2009978-983-097-2299
Ca-Bau-KanKepustakaan Popular GramediaTiada1999 
English - Bau/Jagoi Phrase BookBorneo Literature BureauTiada1968 
Buk bang sinda Bidayuh Bau-English-Malayt.pTiada2013978-983-2981-08-4
Bengkel Jawatankuasa Pengesahan Bahasa Bidayuh Bau Jagoi/Singgai-Bahasa MelayuDewan Bahasa dan Pustaka Cawangan SarawakTiada20061511-8053
Buk bang sinda bigambar: sinda Bidayuh Bau=Kamus bergambar:bahasa Melayu-Picture dictionary:English Tiada2007978-983-2981-02-2
The White Rajahs... myths retold:the massacre of the Bau Hakkas(pengarang)Tiada2011978-967-10156-0-5
Buk bang sinda bigambar-Kamus bergambar-Picture dictionary:Sinda Bidayuh Bau-Bahasa Melayu-English[t.p]Tiada2007978-983-2981-02-2

Kembali ke atas