Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj serangga yg bersayap dan berkaki panjang; jenis-jenisnya: ~ bajang; ~ daun; ~ hijau; ~ jarum; ~ kunyit; ~ mekah; ~ padi; ~ patung; ~ pelesit; ~ ranting; ~ rusa; pak ~ orang yg selalu mujur dgn tidak sengaja (ramalannya selalu benar dgn tidak disengajakan); ~ dapat menuai prb mendapat keuntungan dgn tidak sengaja (waktu mengerjakan suatu pekerjaan); ~ telah menjadi helang prb orang yg bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia; bagai mencari ~ atas akar prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil mendatangkan hasil; mata ~ belum pecah, sudah hendak membuta prb dikatakan kpd orang yg hendak tidur malam terlalu awal (siang-siang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belalang I

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Di tempat tiada 'lang,
     kata belalang: akulah 'lang!

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
BelalangPenerbit Pan Earth Sdn. Bhd.Tiada1992967-956-742-7
BelalangDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Pak BelalangPustaka Melayu Baru Sdn. Bhd.Tiada1967 
Pa Belalang z malajstiny Tiada1930 
Petani dengan belalangFEP International Sdn. Bhd.Tiada1979 
Nujum Pak BelalangDewan Bahasa dan PustakaTiada2009 
Nujum Pak BelalangDewan Bahasa dan PustakaTiada20099789834602857
Budi Pak BelalangDewan Bahasa dan PustakaTiada1982 
Semut dan belalang Tiada1973 
Kisah sang belalangUni-Text DistributorsTiada[19??] 
123

Kembali ke atas