[be.ri.si]/[ber.i.si] | برايسي
Definisi : 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[be.ri.si]/[ber.i.si] | برايسي
Definisi : 1 ada isinya; tidak kosong; tidak hampa: padi yg tidak ~. 2 banyak dagingnya; gemuk atau gempal: Badannya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)