Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main] | برماءين

Definisi : 1. melakukan sesuatu utk berse­nang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan meng­ganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan meng­gunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) pe­rempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main] | برماءين

Definisi : berbuat sesuatu utk bersenang-senang atau utk bersuka-suka; melakukan sesuatu utk menyenangkan hati atau utk berehat-rehat: Pergilah keluar ~, apabila kamu telah lama belajar. ~ bola; ~ catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bukan sengaja saya berkain,
     Saya berkain menutup tubuh;
Bukan sengaja saya bermain,
     Saya bermain bersungguh-sungguh.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Bermain layang layangPan EarthTiada1981 
Bermain rekoder buku 1Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1983 
Bermain bersama (sebuah esei panjang)Wahwi Production HouseTiada2004 
Bermain CaturDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Bermain Ombak dan PantaiPersatuan Penulis dan Kebajikan Negeri SelangorTiada1997 
Bermain rekoderDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1980 
Bermain badmintonDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Bermain di taman bungaDewan Bahasa dan PustakaTiada1988 
Bermain dengan cerpen: apresiasi dan kritik cerpen IndonesiaGramedia Pustaka UtamaTiada2006979222310X
Bermain caturDewan Bahasa dan PustakaTiada  
1234

Kembali ke atas