Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.taut] | برتاءوت

Definisi : 1. menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang, bercerai, luka, dll), berkatup rapat-rapat: kemudian bibir mereka ~ beberapa detik; 2. bercantum, berpaut (pd, dgn): sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangan-nya diramas; 3. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pd, dgn): corong asap dr rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yg kelabu ~ dgn kabut pekat di udara; 4. berpusat (pd, pandangan, dll), bertumpu (pd): fikirannya ~ pd soal pelajaran; 5. bertemu (sungai dgn sungai dll): mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing me-lebar; 6. berhu­bungan (dgn), bertalian (dgn), berkaitan (dgn): kesihatan badan ~ rapat dgn kebahagiaan hidup (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.taut] | برتاءوت

Definisi : bertemu antara satu dgn yg lain (bkn bibir, luka dll); menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang dll): Biduk lalu kiambang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taut
Kata Terbitan : bertaut, menautkan, mempertautkan, pertautan,

Puisi
 

Pokok keladi di tepi paya,
     Bunga teratai kembang bertaut;
Kalau berbudi pada yang kaya,
     Sama mencurah garam ke laut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti kiambang dilempar.

Bermaksud :

Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Bertaut Kembali Tiada2013978-967-416-034-0
Bertaut sayangPippin Publishing CorporationTiada2010978-967-365-021-7
BertautDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1988983-62-0401-6
Kiambang Bertaut Tiada1986 
Kiambang bertaut Tiada2015 
Kiambang Bertaut Tiada1986 
Kiambang bertautFederal BerhadTiada1966 
Kembali bertautDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1995983-62-4061-6
Kasih bertautDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20089789836298942
Kiambang Bertaut: antologi drama Tiada1991 
12

Kembali ke atas