Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.ru.san]/[ber.u.ru.san] | براوروسن

Definisi : 1. mengadakan hubungan (dgn), berhubungan (dgn): negara itu tidak akan ~ lagi dgn badan-badan khusus Bangsa-Bang­­sa Bersatu spt UNICEF, FAO, dan UNESCO; ini orang Afrika Selatan yg per­tama kali ~ dgn aku; 2. turut campur (dlm sesuatu hal), ikut serta (mencampuri): aku tidak mahu ~ dgn hal keluarga engkau; 3. mempunyai urusan (dgn), ada kaitannya (dgn), ada sangkut-paut (dgn), bersangkut-paut (dgn): mereka telah terbukti ~ dgn penyeludupan candu itu; 4. mempunyai sesuatu perkara dll yg harus diselesaikan (dgn sesuatu pihak dll): dia segan ~ dgn polis mengenai perkara itu; 5. mengelolakan (memberi perhatian kpd) sesuatu, mempunyai kerja (tugas dll): mereka ~ dgn hal masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.ru.san]/[ber.u.ru.san] | براوروسن

Definisi : 1 mempunyai urusan (dgn); mempunyai hubungan dagang dsb (dgn): Setiap hari, dia ~ dgn penduduk-penduduk di situ. 2 mengerjakan (menjalankan, melakukan dsb) sesuatu: Hanya yg ~ saja yg dibenarkan masuk. 3 ada sesuatu perkara dsb yg harus diselesaikan: Dia balik ke kampung kerana ~ dgn kaum keluarganya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Berurusan dengan Perkhidmatan Awam MalaysiaPelanduk Publications (M) Sdn BhdTiada1993967-978-467-3
Berurusan dengan perkhidmatan awam MalaysiaPelanduk Publications (M) Sdn BhdTiada1993 

Kembali ke atas