[bil] | بيل
Definisi : penyata bertulis tentang caj bagi barang dan perkhidmatan yg telah diterima: ~ air; ~ elektrik;~ muatan kapal dokumen yg dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan (bkn barang yg dihantar kpd pengirim, sbg kontrak antara kedua-dua pihak dan sbg dokumen hak milik penama barang tersebut); ~ perbendaharaan (Eko) bon jangka pendek yg dikeluarkan oleh kerajaan utk meminjam drpd bank perdagangan atau orang perseorangan bagi memenuhi keperluan kewangan pd masa tertentu; mengebil menghantar (membuat, menyediakan, mengeluarkan, atau mengenakan) bil kpd atau utk: pihak syarikat akan ~ anda kemudian; mengebilkan menyediakan (membuat) bil utk barangan yg dijual atau perkhidmatan yg diberikan: sistem ini membolehkan pelanggan mencatat semua panggilan telefon bagi mengesahkan sama ada panggilan dibilkan dgn betul atau sebaliknya; pengebilan perihal (perbuatan, proses dsb) mengebil atau mengebilkan: pihaknya sudah mengemukakan beberapa cadangan mengenai struktur ~ baru itu; apa yg dibimbangkan oleh TNB ialah pemalsuan sistem meter dlm ~ kpd pengguna komersial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bil] | بيل
Definisi : surat keterangan ttg harga barang atau perkhidmatan yg diterima. mengebil menghantar (menyediakan, mengeluarkan) bil kpd atau utk seseorang: Pihak syarikat akan ~ anda kemudian. mengebilkan memasukkan harga barang atau perkhidmatan yg diterima ke dlm bil: Kos bagi perkhidmatan yg diberikan itu dibilkan kpd bendahari. pengebilan perbuatan (proses dsb) mengebil atau mengebilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)