Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.la.ngan] | بيلڠن

Definisi : 1. jumlah (banyak) barang dll: orang yg mengasihi kau lebih ramai ~nya drpd manusia yg membenci kau; hasil darab ini ialah suatu ~ genap; 2. lingkungan, golongan: ia termasuk ~ orang pandaipandai; 3. nasib yg sudah tertentu, waktu yg sudah tertentu; itu memang sudah ~nya itu memang sudah nasibnya; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.la.ngan] | بيلڠن

Definisi : 1 jumlah benda yg terkumpul; hitungan: Di kampung itu, orang yg baik lebih besar ~nya drpd orang jahat. 2 tempat kedudukan sesuatu angka dlm urutan angka yg bersiri; nombor: Dlm peperiksaan yg lalu, saya telah mendapat ~ yg ketujuh. 3 kelompok yg meliputi beberapa orang, kawasan dsb; golongan; lingkungan: Dia termasuk dlm ~ orang kaya-kaya di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilangan

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Masuk ambung tak masuk bilang.

Bermaksud :

Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Bilangan fuKepustakaan Popular GramediaTiada20089799101228
Bilangan FuKepustakaan Populer GramediaTiada2008978-979-91-0122-8
Bilangan orang orang bukan melayu yang belajar bahasa kebangsaanPusat Dokumentasi MelayuTiada  
Hiboran, Bilangan 95, 1949Royal Press11 June 19491949-
Penjodoh bilanganPeter ChongTiada1959 
Penjodoh bilangan bentuk sapaan penanda wacana dan peribahasaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013978-983-46-0592-6
Penjodoh bilangan bentuk sapaan penanda wacana dan peribahasaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014978-983-46-0592-6
Kata bilangan Tiada2013978-967-356-143-8
Beriga: bilangan 8, Julai - September 1985Dewan Bahasa dan Pustaka BruneiTiada1985 
Penjodoh bilangan bergambarPerniagaan JahabersaTiada2004983-170-520-3
123456789

Kembali ke atas