[bin.cang] | بينچڠ
Definisi : ; berbincang, berbincang-bincang bertukar-tukar pendapat antara satu dgn yg lain mengenai sesuatu perkara yg penting: mereka sedang ~ tentang masalah kewangan persatuan; membincangkan memperkatakan, membicarakan: tidaklah dapat saya terangkan dan bincangkan satu persatu isi undangundang jenayah; perbincangan perihal berbincang: di situ saya dengar ~ mereka hendak merompak kedai intan berlian; pembincang orang yg membincangkan sesuatu: sebelum ~-~ memberikan pendapat masing-masing, ketua sidang memberikan ucapan pembukaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bin.cang] | بينچڠ
Definisi : ; ~ ayam sj simpul (tali dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bin.cang] | بينچڠ
Definisi : ; ~-bincut penuh bisul kecil-kecil (kepala). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bin.cang] | بينچڠ
Definisi : ; berbincang bercakap-cakap atau berbicara ttg sesuatu hal; berunding: Ahli-ahli jawatankuasa telah ~ hingga larut malam. membincangkan membahas sesuatu perkara utk mendapat kesimpulan; membicarakan: Mereka sedang ~ cara hendak meninggikan taraf hidup bangsa sendiri. perbincangan perbuatan atau hal berbincang; perundingan: ~ mereka telah memakan masa selama tiga jam. pembincangan perbuatan atau hal membincangkan sesuatu. pembincang orang yg berbincang atau yg membincangkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)