Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bual] | بوال

Definisi : 1. bunyi spt bunyi air yg memancar dr mata air (air mendidih dll), buak, gelegak; 2. pancaran (luapan) air (drpd mata air atau air mendidih): ~ air mendidih; 3. omong kosong, borak: jemu aku mendengar ~ mereka;berbual, berbual-bual 1. = membual memancar keluar (air drpd mata air dll), menggelegak, meruap: di tempat itu kadang-kadang tampak minyak yg membual dr dlm tanah; 2. bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong: kalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu; ~ kosong bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yg tidak penting, beromong-omong kosong;membualkan, memperbualkan berbual mengenai sesuatu perkara, memborakkan: ia sedang sibuk ~ kepandaiannya;bualan bual;perbualan 1. perihal berbual (membual), percakapan: ~ mereka terhenti seketika; 2. bahan utk berbual, perkara yg dibualkan (dipercakapkan), percakapan: kisah itu menjadi ~ orang ramai;pembual (orang yg) suka berbual. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bual] | بوال

Definisi : percakapan yg tidak tentu perkaranya; omong kosong: Jemu saya mendengar ~ mereka. berbual bercakap-cakap dgn tidak tentu perkaranya; berborak: Zaim dan Mazli kelihatan sedang ~ dgn rancaknya. membualkan memperkatakan sesuatu ketika berbual: Entah apa yg dibualkan mereka sehingga semuanya tertawa terbahak-bahak. perbualan 1 perbuatan atau hal berbual: ~ mereka berterusan hingga larut malam. 2 apa-apa yg dibualkan: ~ mereka berkisar dr satu perkara ke satu perkara lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bual] | بوال

Definisi : pancaran atau luapan air yg keluar (air mendidih, air dr mata air dsb). berbual(-bual) ada atau terdapat bualnya. membual 1 memancar atau meluap keluar (dan biasanya berbuih). 2 ki keluar sekali gus atau serentak (ttg perasaan, ucapan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bual


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Bual Bicara Sastera Klasik Cina 'Romance of The Three Kingdom'Dewan Bahasa dan PustakaTiada2011 
Bual Bicara Bersama-Sama Tokoh Prof. H. Ajip Rosidi dan Sdr. Hawe Setiawan [gambar foto]Dewan Bahasa dan PustakaTiada2007 
Bual bicara bersama tokoh bahasa dan Majlis pelancaran BBSN 2008 peringkat negeri JohorDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2009 
Bual Bicara Bersama-sama Tokoh: Prof. H. Ajip Rosidi dan Sdr. Hawe SetiawanPusat Dokumentasi MelayuTiada2007 
Bual Bicara Bersama-sama Tokoh: Prof. H. Ajip Rosidi dan Sdr. Hawe SetiawanDewan Bahasa dan PustakaTiada2007 
Bual bicara bersama-sama tokoh: Prof. H. Ajip Rosidi dan Sdr. Hawe SetiawanDewan Bahasa dan PustakaTiada2007 
Bual abang dan adik: kedudukan kita di tanah airAl-Syed Muhammad Nur MudaTiada1946 
Temu bual Bersama Helmi A. Samad Said (Anak)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
Temu bual Bersama : Editor Buku Sastera (Ulasan Buku)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014 
Temu Bual Bersama: Editor Buku Sastera (Ulasan Buku)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014 
1234

Kembali ke atas