Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kawasan tanah yg tinggi tetapi tidak setinggi gunung; ~ bukau bukit dan lembah; ~ kaki bukit yg rendah di sekitar kaki gunung; ~ pasir timbunan pasir kering yg terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun; anak ~ bukit kecil; ~ jadi paya, paya jadi ~ prb orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap); ~lah tinggi, lurahlah dalam prb seseorang yg telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi; berbukit mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; berbukit-bukit mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya: kawasan itu ~;membukit menyerupai bukit: gelombang yg ~; perbukitan lapisan bumi yg berbukit-bukit, kawasan yg berbukit-bukit: perkebunan teh di ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukit I

Puisi
 

Naik bukit sebalik bukit,
     Buat tetap pagar anak;
Cari tenggek sapu tangan batik,
     Cari janda belum beranak.


Lihat selanjutnya...(163)
Peribahasa

Bukit jadi paya,
     paya jadi bukit.

Bermaksud :

Orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Bendera di atas bukitWira Bukit Sdn. Bhd.Tiada2008978-983-3922-07-9
Gambar banglow di atas bukit untuk buku "Tamu Di Bukit Kenny"Dewan Bahasa dan PustakaTiada  
Bukit Kepong[t.p]Tiada2015 
Bukit syahduDewan Bahasa dan PustakaTiada2015978-983-46-1745-5
Bukit kepongDewan Bahasa dan PustakaTiada2017978-983-62-6121-2
Bukit Kepong[t.p]Tiada1982955-508-09-4363-7
Bukit NanasFEP International Sdn. Bhd.Tiada  
Bukit lanunIdayuTiada1982 
Bukit kawin Tiada1985 
Bukit Sungai Mahang Tiada2011978-983-198-176-4
12345678910...

Kembali ke atas