Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.nai] | چاناي

Definisi : ; batu ~ batu yg digunakan utk mengasah sesuatu, batu asah; ~ fikiran sesuatu yg menambah pengetahuan atau memajukan fikiran (spt buku, pendapat, dll); mencanai 1. mengasah sesuatu dgn batu canai; 2. melicinkan, meratakan, mengilat­kan; 3. menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastri; 4. membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat utk membolehkan kerajaan ~ surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin; spt dicanai rupanya prb cantik atau elok rupanya; tercanai sudah dicanai (dibentuk, disesuai­kan): perkara ini ~ menjadi suatu penjelmaan yg tersendiri; canaian 1. perihal mencanai; 2. sesuatu yg telah dicanai; 3. ki latihan; pencanai 1. orang yg kerjanya mencanai (mengasah), pengasah; 2. alat utk mencanai (menggelek adunan kuih): papan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.nai] | چاناي

Definisi : ; batu ~ batu yg digunakan utk me­ngasah sesuatu. mencanai 1 mengasah sesuatu dgn batu canai. 2 melicinkan atau meratakan sesuatu permukaan. 3 meratakan atau menipiskan adunan kuih dgn tangan atau penggelek. pencanai 1 orang yg kerjanya mencanai (mengasah dll). 2 alat utk mencanai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canai

Peribahasa

Intan salah serudinya.

Bermaksud :

Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Canai budiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997983-62-5758-6
Canai BudiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2002983-62-5758-6
Canai budiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20069836257586
Canai perkasihan atau mati semut kerana gulaTruna PressTiada1939 
Roti canai salad tacoNB Kara Sdn. Bhd.Tiada2012978-967-5229-38-1
Tukang canai batu permataIstana NegaraTiada19899838770116

Kembali ke atas