Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat menarik apabila dipandang (bkn orang perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan, dll), sangat elok (bagus, molek): gadis yg ~; barang-barang perhiasan yg ~; bagaimanapun ~nya satu-satu rancangan, tidak akan berjaya jika tidak diturut kehendak rancangan itu dgn ikhlasnya; bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; mencantikkan menjadikan cantik; mempercantik menjadikan makin cantik; kecantikan perihal cantik, keelokan (rupa muka, benda, dll), kemolekan, keindahan; pencantik yg menjadikan (kelihatan) can­tik, yg mencantikkan: cairan ~ yg luar biasa ini tersedia di toko-toko farmasi dan gerai-gerai solek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cantik I

Puisi
 

Hujan rintik cahaya redup,
     Batang kelici dalam perahu;
Cantik-cantik pun kain dicelup,
     Sudah cuci baru tahu.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Seperti si buta berbini cantik,
     si kudung beroleh cincin,
si bisu bercakap dan si tuli mendengar.

Bermaksud :

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(25)

360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Cantik wajah kakakDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014978-983-46-1936-7
Cantik Cara Tradisi: kompilasi dari majalah RapiBuku Prima Sdn. Bhd.Tiada2009978-967-5234-92-7
Cantik Itu LukaGramedia Pustaka UtamaTiada2003979-22-0798-8
Cantik berkilauDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1980 
Cantik itu lukaAKY PressTiada2002979-95978-101-8
Cantik berkilauDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1974 
Si Cantik & Si JelikKarnaDya Solutions Sdn. Bhd.Tiada2009978-967-5367-07-6
Putera cantikEastern Universities PressTiada1978 
Seladang cantikDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1967 
Si cantik dan si manisDewan Bahasa dan Pustaka BruneiTiada1983 
123

Kembali ke atas