Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.mas] | چمس

Definisi : 1. = ~ hati berasa takut dan risau (gelisah, bimbang): dia ~ menanti kelahiran anak sulungnya; 2. = cemas-cemas hampir­hampir terjadi sesuatu, nyaris-nyaris: masa terlanggar itu, ~ dia tersungkur; bercemas menaruh rasa cemas (gelisah, bimbang); mencemaskan menimbulkan perasaan cemas (gelisah, bimbang), menakutkan, membim­bangkan, merisaukan: sikapnya yg kasar itu ~ aku; tercemas gelisah, bimbang, khuatir; kecemasan 1. ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, kekhuatiran: mereka kelihatan ~ kerana takut mati kelaparan; 2. keadaan bahaya, darurat: setiap saat mereka berada dlm keadaan bahaya dan ~; pencemas 1. lekas berasa cemas; 2. orang yg lekas berasa cemas, penakut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.mas] | چمس

Definisi : 1 = ~ hati berasa gelisah (bimbang, takut); ragu-ragu: Banyak murid yg ~ ketika menunggu keputusan peperiksaan. 2 = cemas-cemas hampir-hampir berlakunya sesuatu; nyaris-nyaris: Ketika melintasi jalan raya itu tadi, beliau ~ dilanggar kereta. mencemaskan menim­bulkan perasaan cemas (gelisah dsb); menakutkan; menggentarkan: Segala ancaman musuh tidak ~ kita. kecemasan 1 keadaan atau hal cemas; kegelisahan; ketakutan: Bunyi letupan pd malam itu menimbulkan ~ di kalangan penduduk kampung itu. 2 keadaan bahaya; darurat: Jika berlaku sebarang ~, keluarlah melalui pintu ini. pencemas orang yg lekas cemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cemas


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Pertolongan cemas dan masalah kesihatan pada kanak-kanak; panduan untuk ibu bapa dan penjagaDewan Bahasa dan PustakaTiada20029836265198
Pertolongan cemasDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1988983-62-0524-1
Antara cemas & harapan Tiada1986 
Pertolongan cemasDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2003983-62-7372-7
Pertolongan cemasDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1983 
Pertolongan cemasDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2001983-62-0524-1
Pertolongan cemasDewan Bahasa dan PustakaTiada20069836273727
Pertolongan cemas dan masalah kesihatanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2000983-62-6519-8
Pertolongan cemasDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2000983-62-6703-4
Misteri singa cemasHasrat PelajarTiada1985967-974-042-0
123

Kembali ke atas