Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.mat] | چرمت

Definisi : 1. dgn penuh periksa (perhatian), saksama, teliti: kabinet telah bersidang beberapa kali dan mengkaji dgn ~ sebelum mengambil keputusan itu; 2. hati-hati dlm berbelanja, hemat, jimat, tidak boros: kalau tidak ~, takkanlah dia boleh jadi kaya; bercermat berhati-hati, berteliti: kami berbual-bual dan masing-masing ~ menjaga adab supaya tidak berlaku langgar bahasa; mencermati memerhatikan dgn sungguh­sungguh, mengecamkan; mencermatkan 1. melakukan sesuatu dgn cermat (teliti, hati-hati); 2. menghematkan, menjimatkan: ia memberitahu saya bagaimana ~ wang belanja; kecermatan 1. perihal bercermat, ketelitian; 2. perihal berhati-hati (beringat-ingat, berjimat), kehematan, kejimatan: kehidupan mereka tergantung sangat-sangat pd ~ mereka menggunakan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.mat] | چرمت

Definisi : 1 dgn sepenuh minat; saksama; teliti: Kertas jawapan itu dikaji dgn ~. 2 tidak boros (dlm berbelanja); hati-hati; hemat: Ia anak yg ~. bercermat berlaku (dgn) cermat; berhati-hati: Masing- masing ~ menjaga adab dlm upacara itu. mencermatkan 1 melakukan dgn cermat. 2 menjimatkan (wang dll); menghematkan: Mereka terpaksa ~ wang utk membeli sebidang tanah. kecermatan 1 keadaan cermat dlm melakukan se­suatu; ketelitian: ~ mengambil bacaan pd skala itu adalah penting. 2 keadaan jimat dlm perbelanjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cermat

Peribahasa

Berdikit-dikit,
     lama-lama menjadi bukit.

Bermaksud :

Cermat.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Cermat Tiba Selamat Tahun 1 BADewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-46-1353-2
Cermat Tiba Selamat Tahun 4 BADewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-46-1356-3
Cermat Tiba Selamat Tahun 5 BADewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-46-1357-0
Cermat Tiba Selamat Tahun 2 BADewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-46-1354-9
Cermat Tiba Selamat Tahun 3 BADewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-46-1355-6
Cermat tiba selamat: buku aktiviti tahun 4: pendidikan keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran bahasa MalaysiaDewan Bahasa dan PustakaTiada2013978-983-46-1356-3
Cermat Tiba Selamat Tahun 6 BADewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-46-1358-7
Cermat tiba selamat: buku aktiviti tahun 2: pendidikan keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran bahasa MalaysiaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013978-983-46-1354-9
Cermat tiba selamat: buku aktiviti tahun 1: pendidikan keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran bahasa MalaysiaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013978-983-46-1353-2
Cermat berbahasa IndonesiaAkademika PressindoTiada2000979-8035-51-8
12

Kembali ke atas