Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ri] | چوري

Definisi : ; berinai ~ istiadat menghias dan menginai pengantin perempuan (dihadiri oleh kaum keluarga sahaja); maling ~ bermacam-macam perbuatan mencuri; curi-curi (dgn) diam-diam, secara rahsia: mereka ~ berjumpa kerana takut diketahui oleh keluarga masing-masing; mencuri 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul; 2. = mencuri-curi mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; ~ hati memikat hati; ~ masa menggunakan masa bekerja utk hal lain; ~ pandang memandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; ~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikan­nya; ~ tulang mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja); curian barang (apa) yg dicuri, hasil mencuri; kecurian 1. kehilangan harta benda dll kerana kena curi, kemalingan: ~lah baginda tujuh biji peti yg berisi emas; 2. menanggung atau menderita sesuatu kerana lalai; pencurian perihal (perbuatan) mencuri; pencuri orang yg mencuri, maling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ri] | چوري

Definisi : ; mencuri 1 mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sem­bunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. curian barang atau apa-apa yg dicuri; hasil mencuri: Segala rampasan dan ~nya disimpan di dlm sebuah gua. kecurian 1 kehilangan (harta benda dll) kerana dicuri: Baginda telah ~ tujuh buah peti yg berisi emas. 2 kejadian mencuri atau dicuri: ~ menjadi-jadi di kawasan itu. pencurian perbuatan atau hal mencuri. pencuri orang yg mencuri: ~ itu telah ditangkap polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curi

Puisi
 

Orang Arab pergi Makasar,
     Jalan kaki Kampung Cik Tahir;
Jangan harap taukeh di pasar,
     Garam sekati curi setahil.


Lihat selanjutnya...(2)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Curi-curi Cinta Tiada2013978-967-5822-12-4
Ku curi kasih ibukuMarwilis Publisher and DistributorsTiada1990 

Kembali ke atas