Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ti] | چوتي

Definisi : 1. hari kelepasan, libur: 31 Ogos ialah ~ am bagi seluruh penduduk Malaysia; 2. masa yg dibenarkan utk tidak bekerja (utk berehat, dirawat kerana sakit, dll), libur; ~ am hari kelepasan umum utk seluruh negara (spt hari raya, hari keputeraan Nabi Muham­mad SAW, dll); ~ belajar cuti yg diberikan kpd seseorang pekerja utk melanjutkan pe­lajaran, sama ada dgn bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji; ~ bersalin cuti bergaji selama satu tempoh yg ditetapkan yg diberikan kpd seseorang pekerja wanita sebaik sahaja melahirkan anak; ~ sakit cuti yg diberikan oleh doktor kerana seseorang itu didapati sakit dan tidak boleh bekerja; ~ tahunan sejumlah cuti rehat bergaji penuh yg berhak dinikmati seseorang pekerja setiap tahun; ~ tanpa gaji cuti yg dibenarkan kpd seseorang pekerja atas sebab tertentu tanpa mendapat bayaran gaji; ~ umum cuti am; bercuti 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dll), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dll), berlibur: Pulau Pinang ialah tempat orang pergi utk bersiar-siar sewaktu ~; percutian cuti, perihal bercuti: dlm ~ penggal pertama persekolahan, pulanglah ia ke rumah; majikanku bertanya sama ada ~ku melapangkan fikiran; pecuti orang yg (sedang) bercuti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ti] | چوتي

Definisi : 1 hari dibebaskan drpd bekerja; hari kelepasan: Hari Maulud ialah hari ~ bagi seluruh negara. 2 tempoh dibebaskan drpd bekerja (bersekolah dll): ~ Hari Raya; ~ Krismas. 3 kebenaran utk tidak hadir bertugas: Beliau telah memohon ~ selama sepuluh hari. 4 tempoh atau lama­nya seseorang dibenarkan tidak hadir bertugas: Bagi tahun ini, ~nya tinggal tiga hari saja lagi. ~ am hari kelepasan umum bagi seluruh negara, spt Hari Raya Puasa, hari Krismas. ~ sakit (doktor) cuti kerana sakit (atas nasihat doktor). ~ tahunan cuti yg dibenarkan pd tiap-tiap tahun. bercuti tidak bekerja kerana mengambil cuti atau kerana mendapat kebenaran (utk berehat dll): Beliau akan ~ selama sebulan mulai hari Isnin depan. pecuti orang yg bercuti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuti


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Cuti-cuti cintaKarnaDya Solutions Sdn. Bhd.Tiada2009978-967-5367-01-4
Program cuti semester DBP/PSU (Prince of Songkla UniversityDewan Bahasa dan PustakaTiada2007 
Musim cuti yang berertiDewan Bahasa dan Pustaka BruneiTiada20089991705538
Program Cuti Semester DBP-PSU Program SasteraDewan Bahasa dan PustakaTiada2009 
Program cuti semester pelajar PSU (Prince of Songkla University)Dewan Bahasa dan PustakaTiada2007 
Program cuti semesta Pelajar Prince of Songkhla University, ThailandDewan Bahasa dan PustakaTiada2002 
Program Cuti Semester Pelajar Bahasa Melayu Deakin University, Melbourne, Australia.Dewan Bahasa dan PustakaTiada2005 
Program Cuti Semester Untuk Pelajar Jurusan Bahasa Melayu dari Prince Of Songkla Thailand UniversitiPusat Dokumentasi MelayuTiada2005 
Program Cuti Semester Pelajar Jurusan Bahasa Melayu Universiti Prince Of Songkla, Patani, Thailand.Pusat Dokumentasi MelayuTiada2004 
Kem Cuti Sekolah: Impirasi hutan FRIM anjuran Dimensi, MNS dan DBPDewan Bahasa dan PustakaTiada  
12345

Kembali ke atas