Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ri.ta] | دريتا

Definisi : kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb) yg dialami: sejak dia ditahan, keluarganya menanggung ~ kesengsaraan; menderita 1. menanggung kesusahan (ke­sakitan, keseksaan, dsb): dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak; menderitakan membuat seseorang meng­alami derita; terderita, terderitakan dapat dideritai (di­tanggung), tertanggung, tertahan: bukan main sedihnya, tidak ~ sesalnya; deritaan perkara yg diderita (spt kesakitan, kesusahan, dll): ~nya kali ini lebih berat drpd yg sudah-sudah; penderitaan 1. perihal menderita, pe­nang­gungan: ingin dia mengadukan ~ batinnya itu kpd kawannya; 2. deritaan; penderita 1. orang yg menderita; ~ cacat orang yg cacat; ~ sakit paru-paru orang yg menghidap sakit paru-paru; 2. Id pelengkap (benda) yg menjadi tujuan kata kerja (per­buatan) dlm ayat: dlm ayat ‘dia menyepak bola’, ‘bola’ ialah ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ri.ta] | دريتا

Definisi : ; ~ dapur sj tumbuhan (herba), cempaka hutan, menjulung bukit, Gom­phostemma crinitum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ri.ta] | دريتا

Definisi : kesusahan (kesakitan, seksaan dll): Dia menanggung ~ selepas kematian suaminya. menderita menanggung kesusahan (kesakitan, seksaan dll): Orang-orang miskin di luar bandar selalu hidup ~. penderitaan 1 hal atau keadaan menderita: ~ si ibu yg kehilangan tempat bergantung itu makin lama makin bertambah. 2 perkara yg diderita (kesusahan, kesakitan dll): Dia tidak sanggup lagi menanggung ~ itu. penderita 1 orang yg menderita. 2 frasa nama yg menjadi tujuan kata kerja transitif dlm ayat; objek: Dlm ayat “Dia memukul kucing”, “kucing” itu menjadi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derita


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Derita seorang pelukis mudaPenerbitan SoloTiada1977 
Derita dan bahagiaBalai PustakaTiada1973 
Derita Berlalu Ketenangan BerkekalanPerniagaan JahabersaTiada2000983-077-685-9
Derita SemalamDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1992983-62-1735-5
Derita para nabiPustaka IlmiTiada2002983-098-425-7
Derita SemalamDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1987 
Derita Berlalu Ketenangan BerkekalanPerniagaan JahabersaTiada2000983-077-685-9
Derita seorang senimanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993 
Derita seorang senimanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993 
Derita seorang senimanSasbadi Sdn. Bhd.Tiada19979830298299
123456

Kembali ke atas