[du.ka] | دوک
Definisi : (perasaan hati yg) susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yg amat sangat; berduka = ~ hati bersusah atau bersedih hati, berdukacita: dunia ini dijadikan Tuhan bukanlah tempat orang ~; dia sentiasa ~ hati sejak kematian kekasihnya; berdukakan sl berduka kerana (akan), bersedih (bersusah) hati kerana (akan), menderita (menahan) duka: mana ~ negeri ditimpa kemalangan dan mana pula bersedihkan permaisuri yg sedang gering; mendukakan menyebabkan timbul rasa duka, menyedihkan (menyusahkan hati, mendukacitakan: sikap angkuh Ahmad terhadap orang tua itu sungguh ~ hati ibunya; kedukaan 1. perihal (sesuatu) yg mendukakan, kesedihan, kesusahan hati, kedukacitaan: pd pemandangan patik ada juga sesuatu ~ tuanku; 2. ark dlm perkabungan, dlm kesedihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[du.ka] | دوک
Definisi : (perasaan) susah hati; sedih hati: Suka dan ~ itu sudah menjadi kebiasaan. berduka, = ~ hati bersusah hati; bersedih (hati): Sejak anaknya meninggal dunia, ia ~ saja. mendukakan menyebabkan (menimbulkan) rasa duka; menyedihkan hati; menyusahkan hati: Yg ~ hatinya ialah anak sulungnya tidak pernah menziarahinya. kedukaan keadaan duka (susah hati): Dia dpt mengatasi ~nya dgn melupakan peristiwa pahit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)