Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.dar] | ايدر

Definisi : (édar); beredar, mengedar ark 1. bergerak berkeliling hingga sampai ke tempat asal (permulaan), berlegar: bumi kita ini ~ mengikut garis perjalanannya yg tertentu; bintang ~ bintang siarah, planet; 2. berpindah-pindah dr tangan ke tangan: surat pekeliling (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.dar] | ايدر

Definisi : /édar/; beredar 1 berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2 berpindah-pindah drpd seorang kpd seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3 berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4 berlalu (bkn masa): Hari terus ~. mengedari 1 (berjalan, bergerak) mengelilingi; melegari: Bumi ~ matahari. 2 berjalan-jalan di sekitar: Malam itu dia telah membawa saya ~ bandar raya Kuala Lumpur dgn keretanya. 3 mengembara mengelilingi; menjelajahi: Pemuda itu ~ dunia dgn basikal. mengedarkan 1 menyampaikan surat dll drpd seorang kpd seorang yg lain; membawa berkeliling (ke mana-mana): Pelayan kapal terbang ~ gula-gula kpd penumpang-penumpang. 2 mengeluarkan sesuatu utk dipakai oleh orang ramai (bkn wang): Tidak lama lagi, kerajaan akan ~ wang kertas baru ke seluruh negara. edaran 1 perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2 sesuatu yg diedarkan: surat ~. ~ air pusingan air dr lautan ke daratan melalui atmosfera dan kembali ke lautan. ~ darah aliran darah melalui jantung ke seluruh badan. ~ hujan pusingan air menjadi wap, wap menjadi awan, dan awan menjadi hujan (air). peredaran 1 hal atau keadaan beredar; pergerakan (perjalanan) berkeliling: ~ bumi. 2 perubahan drpd satu keadaan kpd satu keadaan lain; peralihan dr satu tempat ke satu tempat lain. 3 perpindahan (wang) dr tangan ke tangan. 4 perubahan atau perkembangan masa: ~ zaman. pengedaran perbuatan atau hal mengedarkan: Orang-orang yg terlibat dlm ~ dadah itu telah ditangkap. pengedar 1 alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2 orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata edar


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Pernas Edar Petaling JayaDewan Bahasa dan PustakaTiada1988 
Pelancaran Skim Pernas EdarDewan Bahasa dan PustakaTiada1984 

Kembali ke atas